24hb Oktober 2018: Alhamdulillah, Program Diriku Permata Berharga (Dermaga) telah digerakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Besut, Terengganu. Jumlah peserta seramai 70 orang melibatkan pelajar kelas akhir tingkatan satu, dua dan semua pelajar Tingkatan 3. 

Fakta tentang DERMAGA - Diriku Permata Berharga.

Karnival Gaya Hidup Sihat anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) telah diadakan dengan jayanya 26 April 2014 (Sabtu) di perkarangan Masjid Zakaria, batu 8 1/2 , Kg. Gombak Utara, Gombak. Lebih 200 orang telah bersama-sama menjayakan carnival tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada pihak pelajar kelas komuniti UIAM, JKKK Kg. Gombak Utara dan AJK Masjid Zakaria.