Displaying items by tag: presiden ABIM

 Oleh: Amidi Abd Manan

(Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia)

Kisah Nabi Sulaiman selaku pemimpin kerajaan terakam dalam al-Quran pada Surah al-Naml. Kekuatan Baginda terserlah dalam satu perlakuan di suatu tempat yang bernama Lembah Semut. Ia dimulakan dengan suatu keadaan yang kecoh apabila kedengaran derapan kaki bala tentera Nabi Sulaiman yang mengundang rasa cemas pemimpin sang semut.

 

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".An-Naml: 18

Keprihatinan pemimpin semut yang mementingkan keselamatan komunitinya amat mengkagumkan. Walaupun kecil dan tidak berdaya jika dipijak, nyawa melayang tanpa upaya menyelamatkan diri dan lebih malang lagi perlakuan ini tanpa disedari oleh pelakunya tidak menghilangkan fungsi kepimpinan iaitu memastikan keselamatan orang yang dipimpin. Walaupun sarang semut tidaklah sekukuh mana namun ikhtiar untuk menyelamatkan diri perlu dilakukan tanpa sebarang alasan penangguhan. Sikap inilah yang akhirnya membuatkan Nabi Sulaiman tersenyum seraya berdoa:

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respon yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang. Perbuatan itu dengan jelas adalah satu penghinaan terhadap agama Hindu.

Page 2 of 2
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd