Displaying items by tag: remaja

31 Disember 2016, Bangi:- ADAB Youth Garage (AYG) telah menganjurkan Bengkel serta Pertandingan Robotik menjelang ketibaan tahun baru 2017 yang lalu. AYG adalah salah satu cabang inovasi sosial yang sedang dikembangkan oleh ABIM Daerah Bangi. AYG menawarkan ruang untuk para belia berbakti kepada masyarakat menerusi cabang inovasi sosial. 

Sepanjang program tersebut; para peserta yang terdiri dalam kalangan kanak-kanak (dalam lingkungan umur 8-12 tahun) berpeluang mengikuti pengisian dan penerangan mengenai asas-asas robotik. Para peserta kemudian diberikan masa untuk membuat lakaran robotik secara berkumpulan sebelum mereka beradu dalam perlumbaan robotik. 

AYG sedang dalam rangka mengembangkan cawangannya dengan fokus utama sekitar kawasan Lembah Klang. Terbaru AYG Centre di Damansara sedang menganjurkan program Usahawan Sosial yang memberi ruang kepada remaja sekitar Damansara menceburi perkhidmatan gunting rambut di bawah seliaan saudara Shah dari Ron Barbershop Shah Alam.

Menurut Erikson(1951,1963) remaja sering mengalami konflik sosial dalam dirinya. Para remaja mula bertanya,”Siapakah saya?”, “Apakah tujuan hidupku ini?”, “Ke manakah arah hidupku ini?”,(Mahmood Nazar Mohamed,2010) dan pelbagai soalan lagi seumpamanya. Remaja akan terus berfikir mencari jawapan kepada pertanyaan tersebut. Remaja juga berupaya menyesuaikan dirinya dengan pelbagai situasi yang dialami.

DMC Firewall is a Joomla Security extension!