×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 274

30 November 2013 - ABIM Daerah Segamat, bakal membuka cawangan Sekolah Tahfiz Sains ABIM Kedua daerah tersebut. CawanganTahfiz ini merupakan sekolah kedua yang ditubuhkan di negeri tersebut selepas di Johor Bahru, pada tahun lalu. Insyaallah Januari 2014 akan bermula, tingkatan 1. Untuk sementara ini, kemasukan terbuka untuk 40 orang sahaja.

Exco ABIM Dan WADAH bersama PIBG SRI DAN SEMI JOhor Bahru telah menganjurkan bacaan Mathurat, Hizb, Solat Hajat Dan Duha bersama guru-guru serta ibu bapa. Program dianjurkan sempena dengan pembukaan semester persekolah 2014.

19 Mei 2012 - Seluruh warga ABIM di negeri Johor diseru untuk menyerlahkan dan mengaplikasikan konsep hidup dan budaya keilmuan-kerohanian-harakiah terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawab ibadah bekerja masing-masing walau dalam bidang apa sekalipun, demikian pesanan dan amanat Ustaz Haji A. Razak Aripin, Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor ketika menyampaikan ucaptama beliau pada Muktamar Sanawi ABIM Negeri Johor ke-39 yang bertempat di D’Impian Resort & Training Centre, Parit Jawa, Muar, Johor pada 19 hingga 20 Mei 2012 yang lepas.

8 Disember 2012:-Program Street Dakwah  anjuran bersama ABIM Johor dan Team Hijrah Johor yg melibatkan kehadiran seramai lebih 100 orang seluruh Johor telah diadakan pada 8 Disember 2012 bertempat di Larkin Sentral, Johor Bahru. Program dimulakan pada pukul 11.00 pg dengan sesi ta'aruf pertubuhan-pertubuhan terlibat seterusnya ceramah oleh Us. Syed Muhammad Johor di Masjid An-Nur. Seterusnya, selesai solat Zuhur berjemaah, program diteruskan dengan Solat Hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di Palestine.

  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 2
DMC Firewall is a Joomla Security extension!