×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 274

Pada 13 hingga 17 November 2012 bertempat di Wisma Ar-Roudhah ABIM Segamat (WARAS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor telah mengadakan Program Latihan Kepimpinan Muda (LAKIM Siri 1) atau Smart Regeneration Camp (SRC). Program yang berjaya mengumpulkan 33 peserta daripada pelbagai daerah . Peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang 6 hari berprogram antaranya aktiviti lapangan yang pastinya tersemat di hati. Selain itu, terdapat juga pengisian daripada WADAH Johor sendiri iaitu perkongsian oleh Tn. Hj. Mohd Fauzi bin Othman (pensyarah UTM Skudai) dengan tajuk “Aku Dulu Pernah Remaja”. Kini peserta dapat melihat haluan seorang insan yang bergelar remaja  yang kininya telah berjaya dalam hidup. Peserta juga didedahkan dengan kemahiran komunikasi berkesan dan juga tips belajar oleh Pn. Noraini (pengetua SMK Batu Anam).

Page 2 of 2
Our website is protected by DMC Firewall!