×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 275

22 Jun 2012:- Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat telah menganjurkan beberapa siri “Wacana ABIM Bersama Umat”. Terdapat empat siri wacana kesemuanya, tatkala ABIM Kuala Langat telah berjaya menganjurkan tiga daripadanya.

Siri wacana ini dipimpin oleh mantan Yang Dipertua (YDP) ABIM Negeri Selangor, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Syukur, ketiga-tiga siri wacana ini mendapat sambutan baik daripada kalangan penduduk Daerah Kuala Langat.

6 Jun 2012:- ABIM Negeri Selangor memandang serius dengan dakwaan Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL). Jika benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan  sekaligus meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu. ABIM Negeri Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut:-

22 April 2012 - Seramai 860 kanak-kanak telah memeriahkan penganjuran Hari Sukan & Keluarga Taski Sri ABIM Al-Firdaus pada 22 April yang lalu. Program ini dianjurkan membabitkan para pelajar serta ibu bapa dari rangkaian Taski ABIM Al-Firdaus serta Sri Tahfiz Al-Firdaus Klang. Pelbagai acara sukan rakyat telah dipertandingkan seperti Kitar Semula, Pulau Impian (gambar di atas), Bawa Bola Ping Pong serta beberapa acara lain.

20 Mei 2012 - Yang Di Pertua ABIM Negeri Selangor, Cikgu Khairuddin Abbas menekankan betapa Generasi-Y seharusnya disantuni dan dididik dengan seberapa banyak nilai dan adab. Menurut beliau ketika merasmikan Ijtimak Harakiy WADAH-ABIM-PEPIAS Daerah Kuala Langat, generasi muda masa kini, tidak lagi sama dengan generasi terdahulu. Maka, pendekatan yang digunakan perlulah lebih baik dan progresif.

"Hal ini demikian, bagi mengelakkan generasi ‘high-tech’ ini kekurangan ‘high-touch’, iaitu sentuhan sayang kasih dan perhatian daripada ahli keluarga. Maka, pendidikan dan asuhan Islami adalah kaedah terbaik, memandangkan Islam sebagai agama yang syumul; menganjurkan agar anak-anak disantuni dengan nilai pendidikan yang bermanfaat dan berkesan" jelas Cikgu Khairuddin Abbas lagi yang juga merupakan mantan Yang Di Pertua ABIM Daerah Kuala Langat.

  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 2
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd