×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 281

Khabar KSSB dari Pahang.. sumbangan anda telah disampaikan kepada OKU sebentar tadi. seramai 50 OKU menerima barangan berupa sekampit beras & barangan keperluan dapur. bagi yang berminat menambah pahala di bulan mulia ini, hubungi Abim Pahang. Kemudian akan menyampaikan sumbangan anda di masjid permatang badak kepada etnik rohingya pula.

7 Disember - 8 Disember 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta ABIM Negeri Pahang telah menggerakkan misi pemeriksaan kesihatan untuk mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan. Misi ini merangkumi beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di daerah Kuantan seperti Sungai Isap, Permatang Badak, Gudang Rasau serta Paya Besar. Misi ini telah digerakkan oleh Biro Kesihatan ABIM (BKA) yang diterajui oleh Dr Safwan Mohamad, Setiausaha ABIM Negeri Pahang. BKA telah dibantu para sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar perubatan beberapa universiti sekitar Kuantan. 

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) telah melancarkan 3 misi bantuan banjir serentak sempena cuti umum Hari Keputeraan Sultan Selangor semalam (11 Disember 2013). Delegasi sukarelawan ini telah diketuai oleh Presiden, Amidi Abd Manan serta Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz telah melawat beberapa kawasan sekitar Chenor, Maran, Pahang. Misi di Maran diselaras oleh Saudara Mahadi Deraman, Exco ABIM Pahang yang juga merupakan Naib Pengerusi 1 Sekretariat Sukarelawan Banjir Majlis Belia Negeri (MBN). Tinjauan dan penghantaran bantuan terpaksa menggunakan beberapa buah bot untuk mengharungi Sungai Pahang. Hal ini kerana jalan utama ke SK Kebangsaan Kertau yang dijadikan pusat penempatan mangsa banjir terputus akibat digenangi air setinggi lebih 2 meter. Perjalanan ke SK Kertau dengan menggunakan bot ini mengambil masa kira-kira 30 minit dalam keadaan hujan lebat.

14 Disember 2013 - Abim Pahang telah membantu keluarga mangsa banjir menyediakan tirai pelindung, yang membantu melindungi "privacy" @ aurat ahli-ahli keluarga yang terlibat. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin di atas sumbangan yang dikemukakan ke arah pusat perlindungan mangsa banjir yang bersifat syariah compliance.

  •  Start 
  •  1 
  •  End 
Page 1 of 2
Our website is protected by DMC Firewall!