
editor-media

Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) condemns the policies denying the rights of Muslims in France which are increasingly practiced without empathy and respect for human dignity and human rights principles.

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak 2021 / 1442H, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meneruskan Kempen Seorang Sekampit (KSSB) yang sudah memasuki tahun ke-15 perlaksanaannya. Pada tahun lalu seramai 15,066 penerima telah mendapat sumbangan sepanjang penganjuran Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang dimulakan lebih awal semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumbangan KSSB ini disalurkan dalam bentuk makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu, serta barangan makanan keperluan asas di seluruh negara bernilai RM 80 untuk setiap pek.
Sukarelawan ABIM menyusun keperluan makanan asas yang akan diberikan bersama dengan beras
Ketika wabak covid-19 melanda negara pada tahun 2020, ABIM turut menyalurkan sumbangan dalam bentuk keperluan kit kebersihan kendiri, pelitup muka dan cecair sanitasi tangan (hand sanitizer).
KSSB merujuk kepada simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya menampung kehidupan asas khususnya dalam kalangan mereka memerlukan.
Penyampaian Sumbangan KSSB 2020 di Klang Turut Dijayakan Dengan Bantuan Petugas RELA dengan mematuhi penjarakkan fizikal.
Kempen ini sudah memasuki tahun ke-15 sejak dari awal penganjurannya pada tahun 2006. Program ini adalah salah satu inovasi amal kemasyarakatan yang mana ABIM berperanan menjadi perantara di antara masyarakat yang prihatin dengan golongan du’afa serta kelompok fuqara’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.
KSSB juga antara usaha ABIM mengupayakan masyarakat prihatin serta cakna terhadap persekitaran dan khususnya mereka yang memerlukan dengan menyemai semangat kesukarelawanan dalam setiap aktiviti yang digerakkan.
Sukarelawan ABIM turun ke lapangan untuk sama-sama menyelami realiti kehidupan di akar umbi.
KSSB diteruskan atas dasar keprihatinan kemasyarakatan untuk meringankan bebanan golongan sasaran seperti asnaf, fakir, miskin, saudara baru dan kelompok yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19.
ABIM mensasarkan untuk menyalurkan sumbangan kepada 7,000 penerima meliputi kelompok-kelompok berkenaan di seluruh negara bersempena KSSB pada Ramadan tahun ini.
ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk menjayakan kempen KSSB dalam bentuk wang ringgit menerusi akaun:
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA: Bank Islam (1402 3010 0305 52)
Sumbangan secara dalam talian (online) boleh disampaikan menerusi pautan :
https://www.billplz.com/kssb-abim
Para penyumbang juga boleh terus menghubungi terus pihak sekretariat di talian;
017-558 3251 (Farhan) atau hubungi terus Sekretariat ABIM Pusat di talian 03-4108 4500.
Malaysia’s Global Peace Mission
Apr 13, 2021WITH great hope, the Muslim Youth Movement Malaysia (Abim) along with international communities
celebrated the enforcement of the Treaty on the Prohibition of Nuclear Weapons (TPNW) on Jan 22.
TPNW is a result of a mutual agreement arising from several international conferences and dialogues, including the three conferences on the Humanitarian Impact of Nuclear Weapons in Oslo (March 2013), Nayarit (February 2014) and Vienna (December 2014).
Abim is confident that the enforcement of the TPNW will have a positive impact on global peace, particularly in saving human lives from the devastation of war involving nuclear weapons.
At the same time, Abim applauds the commitment shown by Malaysia in becoming the 46th country to ratify the treaty on Sept 30,2020.
Apart from the TPNW, Malaysia has ratified almost all international treaties related to disarmament, arms control and non-proliferation of nuclear weapons. This is a commitment by Malaysia as a proponent of a global peace mission.
May all international citizens regardless of colour, religion, and boundary of states live together in peace and enjoy their rights to a better quality of life.
MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ , President, Muslim Youth Movement Malaysia (Abim)
Sources: The Star