editor-media

editor-media

15 Julai 2014:-"Saya lihat bulan Ramadhan telah menjadi komersial. Orang Islam nampaknya melebihkan jualan, perniagaan, tetapi masjid semakin hampir ke penghujung Ramadhan, semakin sunyi. bukankah terdapat Lailatulqadr dalam bulan Ramadhan?" "sesungguhnya kita adalah duta kecil Islam, ketahuilah bahawa ada seseorang melihat perilaku kita.

"saya suka tengok orang Islam berpuasa kerana kamu semua menahan nafsu, menjadikan dalaman/rohani kamu kuat" [alhamdulillah, puasa adalah didikan. manfaatkan ia untuk menjadikan kita mukmin yang lebih baik] Mukjizat Al-Quran itu lebih besar untuk diterokai berbanding usaha kecil ABIM Pahang dan IKATAN Pahang membicarakan keagungannya di jalanan siang tadi. Semoga Al-Quran kekal di hati kami. Kita doakan juga seorang non Muslim yang berbicara bersama kami akan diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam.

 20 Julai 2014, Kuantan:-Grand Finale Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) telah dianjurkan ABIM Pahang, IKATAN Pahang dan PKPIM Kuantan pada 20 Julai 2014. Program ini merupakan penutup kepada KSSB 2014 dengan agagihan sumbangan orang ramai di sekitar Kg. Kempadang, Kuantan. 60 lagi penerima.

 

 

21 Julai 2014, Kuantan:-ABIM Pahang bersama 10 lagi NGO Islam Pahang bersatu di bawah Projek Pahang 4 Palestine. Antara NGO lain ialah IKRAM, HALUAN, NADWAH, dan lain-lain. Ayuh bersama-sama kami bersatu bersama saudara kita di Palestin.

20 Julai 2014, Manjung:- Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, telah menghadiri majlis Iftar bersama WADAH Negeri Perak, ABIM Negeri Perak dan KPIP (Kesatuan Pelajar Islam Perak). Majlis iftar ini telah diadakan di tapak premis baru SERI ABIM Al-Ummah, Manjung, Perak, turut dihadiri masyarakat sekitar daerah Manjung.

Page 303 of 310
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd