editor-media

editor-media

11 Julai 2014, Istanbul, Turki:- Saudari Hanan, Alia, dan Amira Majid telah menjadi duta kecil ABIM dalam pertemuan dan diskusi mengenai peranan wanita dalam membentuk komuniti bersama Women Intellectual Movement of Turkey di Istanbul. Mereka ini masih muda, umur sekitar 20 - 21 tahun. Satu perkara yang kita kena belajar dari orang muda turki ialah, summer break (3 bulan cuti) mereka setiap tahun akan diisi dengan menyertai persidangan, summer course, dan berbagai lagi aktiviti yang mengembangkan budaya ilmu.

10 Julai 2014:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Serangan yang bermula sejak Selasa lalu telah mengorbankan 27 nyawa disamping mencederakan 130 orang yang lain. Serangan ini dilakukan oleh tentera Israel yang mahu bertindak balas atas serangan roket Hamas ke atas penempatan Israel.

Umat Islam di seluruh pelusuk dunia dibunuh, disiksa, ditindas, kampung halaman dimusnahkan, dibakar, dirampas. Tiada apa sangat yang mampu kita lakukan. Bukanlah kerana musuh-musuh Islam itu terlalu kuat, tetapi kerana umat ini terlalu lemah. Benar sabda nabi s.a.w di dalam hadis sahih riwayat Imam Ahmad:

8 Julai 2014,Ipoh: ABIM Perak, telah menganjurkan program ziarah dan sumbangan Ramadhan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Sepanjang program ziarah tersebut, ABIM Perak menyampaikan sumbangan berupa kurma dan kuih muih di samping edaran buku risalah Panduan Ibadah Pesakit terbitan Hospital Al-Islam.

Page 306 of 310
Our website is protected by DMC Firewall!