editor-media

editor-media

 

A conversation about Compassion and Mercy, values common to Islam and Buddhism, had been organized by the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) and the Tibetan Buddhist Culture Centre (TBCC), Malaysia.

Prof Osman stated that mercy is the essence of Islam. The Arabic word for it from the Quran is ‘rahmah’ and it may be defined as compassion, love, mercy, kindness and so forth. It is comparable to what ‘karuna’ or compassion means to Buddhists and what ‘agape’ or love signifies for Christians.

Mercy, he said, is the most divine attribute of God, who is described as ‘most gracious’ and ‘most compassionate’. ‘Mercy to the world’ is one of the epithets of the Prophet Muhammad, who was especially compassionate to orphans, the poor, the weak and oppressed.

Prof Osman also remarked that the divine law of Islam (Shari'ah) was given as guidance and mercy by God the lawgiver, not out of a sense of compulsion or punitive enforcement, but out of his compassion, mercy, and kindness. The Professor concluded that since all human beings have a seed of compassion and mercy, these qualities are among their essential attributes.

Prof Osman suggested that it was important to distinguish between different interpretations of the teachings and misinterpretations. He conceded that religious instruction can be interpreted in different ways.

Prof Osman remarked that Shari'ah offers guidance. Prayer has the effect of weakening self-centredness, as does fasting and ‘zakat’ or charity.

 

24 September 2020,Ipoh Perak:- Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) serta Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan rasa dukacita di atas pemergian murabbi yang kami sayangi, Allahyarham Ustaz Dr. Haji Azmi Shah Suratman di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada jam 10:10 malam tadi.

Allahyarham merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ke-17 (1984-1986) serta Yang Dipertua ABIM Johor keempat.

Pernah menjadi Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan ABIM Negeri Johor, beliau merupakan individu aktif dalam gerak kerja dakwah umat melalui platform ABIM dan WADAH di Johor dan Perak.

Beliau juga banyak membantu dan terlibat dalam kempen kemanusiaan yang digerakkan oleh Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Allahyarham juga merupakan bekas Dekan Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘aafihi wa’fu ‘anhu. Kami bersaksi akan setiap kebaikan yang beliau lakukan untuk ummah.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM)

28 September 2020, Shah Alam:- dan Tibetan Budhhist Culture Center Malaysia (Pusat Kebudayaan Buddhist Tibet Malaysia, TBCC) telah mengadakan dialog antara agama dua hala antara agama Islam dan Buddha pada 11:30 pagi, 28 September 2020 (Isnin) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.


Siaran dialog tersebut turut disiarkan melalui Facebook Live dan Youtube Live. Sdr. Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia telah mengikuti dialog tersebut melalui saluran Facebook live.


Dialog tersebut dibicarakan oleh dua orang tokoh agama yang terkemuka iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar dari Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan His Holiness Dalai Lama yang ke-14 yang berada di Dharamsala, India. Manakala moderator bersama terdiri daripada Presiden kedua-dua pertubuhan penganjur iaitu Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (ABIM) dan Sdr. Vsdey Liu (TBCC).


Prof. Dr. Osman menyatakan bahawa agama Islam dan Buddha merupakan dua agama yang paling ramai dianuti di Malaysia dan Asia Tenggara. Setiap agama mempunyai persamaan dan perbezaan.

Dialog antara agama bertujuan mencari persamaan nilai dan pada masa yang sama mengenal pasti perbezaan yang wujud dan mencari titik persamaan untuk meminimumkan perbezaan.

Kasih sayang merupakan inti pati ajaran Islam dan juga agama lain walaupun istilah yang digunakan berbeza atau diekspresikan dan difahamkan melalui cara yang berbeza. Dalam agama Islam, kasih sayang dikenali sebagai “rahmah” yang merangkumi makna kasih sayang, belas kasihan, kebajikan, simpati dan sebagainya. Ia mempunyai makna yang hampir sama dengan “karuna” (compassion) dalam agama Buddha dan “love” (kasih sayang) dalam konteks agama Kristian.

prof osman bakar

Rahmah merupakan sifat yang utama dalam agama Islam kerana ia adalah sifat kemanusiaan dan Ilahi. Ar-Rahman merujuk kepada kasih sayang Tuhan yang tidak terhingga (infinite mercy) dan Ar-Rahim merujuk kepada belas kasihan Tuhan yang tidak terhingga (infinite compassion) untuk sifat kemanusiaan demi tujuan penyelamatan (salvation). Nabi Muhammad S.A.W. adalah personifikasi kasih sayang Ilahi kepada semua ciptaan-Nya tanpa mengira Muslim atau bukan Muslim.

H.H. Dalai Lama menyatakan bahawa beliau telah menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga Islam sejak zaman kanak-kanak di tempat asalnya. Keharmonian agama kerap dipromosikan oleh kerajaan beliau kerana kedamaian dan keharmonian merupakan sebahagian daripada sifat semula jadi manusia (human nature) kerana manusia adalah makhluk sosial yang tidak dapat diasingkan daripada komuniti sejak dilahirkan.

Kelangsungan hidup manusia bergantung kepada rasa penyayang (sense of caring). Oleh itu, dalam dunia kini, semua orang mengharapkan hidup yang bahagia. Kasih sayang dan belas kasihan merupakan teras kelangsungan hidup semua manusia. Walaupun wujudnya falsafah dan konsep yang berbeza mengikut agama yang berbeza, semua agama menekankan sifat kasih sayang.

Sejak 3000 tahun yang lalu, India menekankan konsep “Ahimsa” (non-violance) dan “Karuna” sebelum kewujudan agama Buddha. Konsep pembangunan minda juga diberi perhatian melalui meditasi untuk menangani isu dan melatih emosi yang positif serta membangunkan kearifan. Begitu juga, sifat-sifat tersebut diketengahkan oleh Buddha. Kita perlukan kasih sayang untuk menjadikan hidup kita lebih bahagia.

dalai lama

Terutama pada abad 21, adalah lebih penting untuk membina keamanan dalaman minda kita untuk mempraktikkan belas kasihan dan kasih sayang sebagai seorang manusia tanpa mengira agama.

Beliau juga menekankan kepentingan pendidikan nilai-nilai murni bagi menyemai minda yang positif dan bersih. Penawar kepada kebencian adalah kasih sayang.

Oleh itu, keharmonian agama adalah sangat penting sama ada antara agama (interfaith) atau dalam agama (intrafaith).

Pada penghujung dialog, Prof. Dr. Osman menyeru semua peserta supaya mendidik diri sendiri untuk mengamalkan belas kasihan dan kasih sayang dalam kehidupan seharian dan sentiasa berfikir serta bertindak untuk kebaikan sejagat.

Kesimpulannya, kasih sayang dan belas kasihan merupakan sifat semula jadi manusia yang wajib dipupuk. Ia diperlukan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Pendidikan adalah salah satu instrumen yang penting untuk membudayakan kasih sayang dan belas kasihan.

Kita harus lebih berfokus kepada persamaan berbanding dengan perbezaan. Kedamaian dalaman merupakan penawar bagi mengubati kebencian dan kemarahan.

 

 

Mengapa perlu dapur? Dapur merupakan ruang yang penting dalam sebuah rumahtangga, tidak berasap dapur maka tidak bermayalah seluruh isi rumah tersebut. Begitulah ibaratnya.

Program Dapur Rohani membabitkan wanita dalam kalangan komuniti orang asli dirangka untuk memperkukuh jatidiri dan membina keterampilan seorang wanita, ibu serta suri rumahtangga.

IMG 2813

IMG 2814

Program ini juga diadakan membabitkan golongan ini atas kesedaran bahawa pendidikan yang pertama adalah dari seorang ibu, ibu yang berilmu akan melahirkan anak- anak yang cerdas, pintas dan berwawasan sejurusnya lahirlah sebuah generasi yang bertamadun.

Program ini telah masuk siri yang ketiga. Walaupun ianya pernah tergendala kerana Covid 19. Dipecahkan kepada 3 golongan sasar ( ibu, bapa Dan kanak - kanak). Fokus pengisian program:

- ilmu keibubapaan
- ilmu fardhu - ain
- fiqh wanita
- kebersihan diri & sekitar ( kanak-kanak)
- sukaneka ( kanak-kanak)
- membekal benih tanaman ( golongan bapa)
- kelas masakan ( siri seterusnya)

Kami yakin " memberi joran adalah method terbaik daripada terus memberi ikan" dalam membina negara bangsa, membina Rasa ummatik Islami.

Terus bersama kami perkukuhkan pendidikan untuk orang Asli.
boleh disalurkan melalui : Bank muamalat 030300000777- 17
(Islamic Outreach Abim kelantan)

Page 5 of 331
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd