×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 290

29-31 Ogos 2014:- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-53 (MPAT 53) pada 29 hingga 31 Ogos 2014 di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Lebih 300 orang peserta yang hadir terdiri daripada delegasi Mahasiswa Kolej-kolej Islam, pertubuhan belia, NGO dan delegasi Badan Gabungan Negeri dan Cawangan PKPIM daripada seluruh Malaysia. Presiden PKPIM Sesi 2013/2014, Saudara Muhamad Aliemran Norasid telah menyampaikan Ucapan Dasar Presiden yang bertajuk “Era Baharu Dakwah: Reaktualisasi Gerakan Pelajar Islam Berwibawa”.

Dalam ucaptamanya, Dato' Dr Siddiq Fadzil menegaskan keperluan untuk rangkaian dakwah Wadah-ABIM-PKPIM (WAP) disinergikan menerusi bait kata-kata "Orang tua kaya pengalaman, miskin cita-cita. Orang muda kaya cita-cita dan idealisme, tapi sedikit sekali pengalaman."  Dalam pada itu, Presiden ABIM, Amidi Abd Manan menegaskan bahawa citra rangkaian dakwah WAP perlu dipertahankan lantaran ia sarat dengan sejarah yang menjadi teras kepada kekuatan rangkaian WAP itu sendiri. Para perwakilan di dalam MPAT 53 PKPIM juga telah bersetuju untuk menerima cadangan Barisan Kepimpinan Tertinggi PKPIM Sesi 2014/2015 seperti yang berikut;

17 Ogos 2014, Ipoh:- Saudari Siti Fatimah Bt Shahar mencipta sejarah tersendiri apabila dia diamanahkan untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (Muktamar) Kali ke 49. Kesatuan Pelajar- pelajar Islam Perak, (KPIP), di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Pemilihan beliau sebagai pengerusi tetap untuk mengendalikan muktamar ini ditentukan oleh para perwakilan yang menghadiri mesyuarat agung ini, untuk mengendalikan tata tertib mesyuarat ini. KPIP merupakan sebahagian daripada badan gabungan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Kuala Lumpur, 30 Jun 2014 : Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan ini menuntut Universiti Malaysa (UM) memberi penjelasan mengenai situasi kebebasan akademik di universiti.Ini berikutan laporan mengenai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya UM (UMCEDEL), dan Dekan Fakulti Sejarah dan Sains Sosial, Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman telah ditamatkan kontrak atas dasar kebanyakan kajiselidik UMCEDEL yang tidak berpihak kepada parti kerajaan.

PKPIM telah melancarkan pakej Programnya sepanjang Ramadhan 1435H dikenali sebagai "SENYUM RAMADHAN". Menurut Timbalan Presiden PKPIM, Saudara Fazril, program tersebut adalah pakej yang akan digerakkan oleh ahlinya diseluruh negara bertemakan: Senyuman Ramadhan "Ramadhan menjelma & tersenyum berseri, beruntung hamba tika sedia diri"  

DMC Firewall is a Joomla Security extension!