×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 291

Recep Tayyib Erdogan kini adalah ikon umat Islam seluruh dunia. Beliau yang baru sahaja menang Pilihanraya Presiden Turki mengukuhkan lagi sokongan rakyat Turki terhadap kepimpinan beliau. Ianya bukan jalan mudah setelah mengalami beberapa protes dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti beliau pada tahun 2013. Beliau tetap popular walaupun pernah menutup media sosial untuk beberapa ketika untuk mengelakkan rahsia negara tersebar di internet. Kredibiliti beliau bertambah apabila berjaya mengakali kelompok “Ergenekon” dalam tentera yang sentiasa mencuba merampas kuasa dari kerajaan demokratik.

Ramadan membawa kita keluar daripada kebiasaan kepada rehlah bermakna - meninggalkan materialisme yang berserabut dan dunia yang fana.  Kita beruzlah - mengasingkan diri tetapi secara ma'nawiy - ‘uzlah ma'nawiyyah tanpa meninggalkan kehidupan ini atau lari daripada dunia serta tanggungjawab semasa.  Kehidupan harian berjalan tetapi keenakan dan keinginan nafsu itu dikawal dan diurus secara sedar dan sengaja. Tempat selera nafsu syahwat digantikan oleh kelazatan iman - lazzah al-iman. Dengan itu disiplin diri menjadi normal dan dianggap sebati - suatu kebiasaan. Ada semacam pusuan arus - surge, pemugaran semula keikhlasan, kesabaran, kasih sayang, belas kasihan dan keazaman. Puasa dan Ramadan membentuk malakah - bakat atau tabiat hati - habits of the heart  -  qualities of the soul - ṣifāt al nafs.

9 Julai 2014, Gombak: Timbalan Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam yang juga Penolong Setiausaha Agung UNIW, menerima kunjungan pemimpin IHH Turki, sebuah NGO Kemanusiaan terkenal di Turki.

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyesali campurtangan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam isu kepimpinan UMcedel yang membawa kepada ‘tersingkirnya’ Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman dari jawatannya sebagai Pengarah. Beliau yang sepatutnya memegang jawatan hingga Disember 2014, telah ‘disingkirkan’ pada bulan April yang lalu, iaitu lapan bulan lebih awal melalui percaturan yang membawa kepada perlantikan pengarah yang baru.

Our website is protected by DMC Firewall!