Iklan & Pengumuman

Seminar Pemikiran Maulana Sayyid Abul Hasan Ali an-Nadwi

Maulana Sayyid Abul Hasan Ali an-Nadwi al-Hasani merupakan pemikir Islam yang unggul, sebaris dengan tokoh reformis abad ini seperti Muhammad Abduh, Jamaluddin al-Afghani, Rashid Ridha, Hassan al-Banna, Shakib Arsalan, dan Muhammad al-Ghazali. Dilahirkan pada Muharram 1332 H (1914 M) di Rai Breily, Uttar Pradesh, India dan wafat pada 23 Ramadhan 1420 H bersamaan 31 Disember 1999 M.

Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan 60 buah buku dalam pelbagai ilmu Islam terutama dalam bidang pemikiran. Antara aspek yang selalu disuarakan ialah proses pembaratan di dunia Islam atau ‘westernisation’ , anutan faham materialisme yang merupakan ‘agama’ di barat, pendidikan dan kependidikan Islam, orientalisme serta pembaharuan pemikiran atau ‘tajdid al-fikr’ .

Beliau mendapat pendidikan di Nadwatul Ulama’ Lucknow dan Darul Ulum, Deoband. Setelah tamat pengajiannya, karier beliau bermula di Nadwatul Ulama’ sehingga akhir hayat. Bukunya yang pertama diterbitkan dalam bahasa Arab adalah Sirah as-Sayyid Ahmad asy-Syahid (Riwayat hidup Sayyid Ahmad asy-Syahid). Diterbitkan oleh Rashid Redha pada tahun 1931, ketika umur beliau baru mencecah 18 tahun.

Manakala tulisannya ‘Madza Khasira al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin’ (Apakah Kerugian Dunia Apabila Umat Islam Mundur) yang disifatkan dunia sebagai maha karyanya pula menjelaskan bahawa kemunduran umat Islam bukan sahaja merugikan umat Islam itu sendiri, malah juga memberikan impak negatif kepada peradaban dunia dan tamadun sejagat.

Justeru, Akademi Intelektual Muda (AIM) mengorak langkah ke hadapan untuk mengangkat dan mengkaji pemikiran Syeikh an-Nadwi dalam bentuk seminar, khusus untuk mengakar umbikan prinsip pembinaan tamadun yang membawa perubahan dengan teras pembudayaan intelektual seperti mana Syeikh an-Nadwi mampu mencetak ramai ilmuan dunia yang menjadi muridnya seumpama Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Prof. Dr. Akram an-Nadwi.

Kami di AIM percaya bahawa mutiara-mutiara penulisannya harus diserap dengan seutuh dan sebaiknya dalam menghadapi pengaruh barat dan materialisme. Sempena dengan itulah, AIM menganjurkan Seminar Pemikiran Maulana Sayyid Abul Hasan Ali an-Nadwi bertujuan supaya umat Islam mengenali sejarah hidup, prinsip dan tema-tema perjuangan dan pemikirannya dengan lebih dekat lagi.

* Daftar sekarang di http://bit.ly/seminarannadwi atau sms butiran peribadi ke 017-677 3563 sebelum 15 Januari 2015 untuk diskaun yuran.

Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/events/477040395767231/?ref_newsfeed_story_type=regular

 

Read 2286 times
Rate this item
(1 Vote)
Bicara Dakwah Siri-4: MENGENALI DAN MEMAHAMI REALITI KRISIS TIMUR TENGAH KHUSUSNYA IS/ISIS

Assalamualaikum

Tuan/ Puan/ Saudara,

JEMPUTAN KE PROGRAM BICARA DAKWAH SIRI 4 : MENGENALI DAN MEMAHAMI REALITI KRISIS TIMUR TENGAH KHUSUSNYA IS/ISIS

Didoakan semoga Tuan/Puan/Saudara dan seluruh warga kerja berada dalam naungan rahmat dan lindungan Allah SWT.

InshaAllah. Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya. Sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan mengadakan Program Bicara Dakwah Siri 4 yang bertujuan mengenali dan memahami realiti krisis di Timur Tengah khususnya IS & ISIS. Butiran program adalah seperti berikut;

Tarikh : 27 Disember 2014 (Sabtu)

Tempat :Universiti Al-Madinah Antarabangsa, Tingkat 11 Plaza Masalam 2, Shah Alam, Selangor

Bersama ini dilampirkan Poster Program Bicara Dakwah Siri 4.

Diharapkan Tuan/ Puan/ Saudara dapat memberi komitmen yang tidak berbelah bagi pada program ini. Sebarang pertanyaan, saudara boleh menghubungi Sdra. Imran selaku Koordinator Program ditalian 012 931 6822 atau emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Perhatian dan kerjasama yang diberikan kami dahului dengan Jazakallahu Khairan Kathira

Read 1007 times
Rate this item
(0 votes)
Read 760 times
Rate this item
(0 votes)

Bengkel Penulisan Bersama Nisah Haron

Dec 03, 2014
Hit: 793
Written by
Read 793 times
Rate this item
(0 votes)