ABIM Negeri

ABIM Selangor Anjur Havoc Untuk Semai Keprihatinan & Semangat Sukarelawan

Alhamdulillah, TNB Integrated Learning Solution (ILSAS) buat julung kalinya telah mengadakan Program Hospital Volunteer Crew (HAVOC) pada 16hb November 2019 (Sabtu) di Hospital Serdang dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Selangor, sebagai badan bukan kerajaan yang berpengalaman dalam menjalankan kerja kesukarelaan. Menghimpunkan seramai 86 orang Protégé dari ILSAS dan 20 orang pelajar dari UNIKL yang turut hadir bagi memeriahkan program ini.

HAVOC bertujuan untuk memupuk nilai kesukarelawanan, kemahiran komunikasi dan perasaan prihatin kepada masyarakat yang ditimba musibah, khususnya pesakit di hospital dan keluarga mereka. Mereka menjalankan pelbagai aktiviti menarik seperti menyantuni pesakit dan keluarga mereka, aktiviti mewarna, bercerita dan persembahan badut di wad kanak-kanak, penyerahan kit ibadah pesakit untuk Muslim, serahan ‘hygiene kit’ kepada bukan Muslim, busking ceria dan menceriakan surau hospital. Aktiviti turut dijalankan di Wad Bersalin dan Wad Orthopedik.

ILSAS dan ABIM Selangor mengharapkan usaha ini dapat membina masyarakat yang lebih bekeperibadian tinggi dan mempunyai hubungan yang mesra dengan semua masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai latar belakang dengan lebih mesra. Usaha seperti ini perlu diperbanyakkan lagi dengan pelbagai pihak agar komuniti dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Semoga kerjasama yang terjalin ini adalah permulaan bagi melahirkan ramai lagi aktivis yang berminat untuk turun kepada masyarakat.

Read 877 times
Rate this item
(0 votes)
Pelajar Seri ABIM Alor Setar Wakili Malaysia Ke Barcelona, Sepanyol.

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada adik Amriel Nu'man Bin Kamarul, di atas pencapaian terpilih sebagai antara 8 orang pemain yang akan mewakili Malaysia ke Milo Champions Cup 2019, pada 28hb Julai hingga 8hb Ogos 2019 di Barcelona, Sepanyol.

Read 1589 times
Rate this item
(0 votes)

Nasihat Al Muluk & Etika Kepimpinan Belia Islam Featured

Jul 30, 2019
Hit: 1724
Written by
Nasihat Al Muluk & Etika Kepimpinan Belia Islam

25 Julai 2019, TELIPOK - Alhamdulillah. Semalam selesai mengadakan majlis ilmu / kuliah maghrib selepas solat maghrib di Masjid An Nur, Taman Putera Jaya Telipok bersama kariah dan penduduk sekitar taman tersebut. Terima kasih kepada AJK yang sudi memberikan ruang untuk berkongsi ilmu bersama jemaah. Kuliah ini berkonsepkan bedah buku dimana penceramah menyampaikan pesanan & isi-isi penting yang terdapat dalam buku Nasihat Al-Muluk & Etika Kepimpinan Belia Islam yang disampaikan oleh Sdra. Fazril Saleh, Exco Tugas Khas (Penerbitan) Abim Pusat / Setiausaha Sekretariat Abim Sarawak. . Beliau memberikan penekanan tentang pohon iman ( 10 akar keimanan & 10 ranting iman ) yang dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam buku tersebut. . “Membina Pemimpin Ummatik”

Read 1724 times
Rate this item
(0 votes)

Undi 18: Bagaimanakah Masa Depan Malaysia? Featured

Jul 30, 2019
Hit: 1168
Written by
Undi 18: Bagaimanakah Masa Depan Malaysia?

26 Julai 2019, Kota Kinabalu - Alhamdulillah. Siswazah Muda ABIM (SISMA) Negeri Sabah telah menganjurkan progrm 'FORLOT Undi 18: Masa Depan Malaysia?' telah berlangsung dengan jayanya di Youth Lounge Rumah KAMI, Kota Kinabalu. 

FORLOT kali ini menjemput Saudara Abqaree Fawaz, Timbalan Presiden MBS dan Saudara Asraf Sharafi, Koordinator BERSIH 2.0 Sabah, dan tidak lupa juga Saudara Muhd Madani Bin Hj Mustapha, Naib YDP SISMA selaku moderator forum. 

Ringkasnya, penurunan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun telah menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan dalam minda masyarakat terutamanya dari kalangan anak muda. 

Para panel berpendapat, antara perkara yang perlu ditekankan dalam proses mempersiapkan anak muda ialah peranan guru-guru di sekolah sebagai pintu intelektual masyarakat dan menjelaskan kepada pelajar tentang konsep asas demokrasi. 

Read 1168 times
Rate this item
(0 votes)

Alor Setar Berselawat Dapat Sambutan Anak Muda Featured

Jun 27, 2019
Hit: 950
Written by
Alor Setar Berselawat Dapat Sambutan Anak Muda

Sumber Gambar:- Warta Kedah

20hb Jun 2019 (Khamis): Alhamdulillah, ABIM Kedah telah terlibat dalam penganjuran Majlis Alor Setar Berselawat sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2019, yang bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman. Kira-kira 2,000 orang Muslimin dan Muslimat memenuhi program ini. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, Bacaan Yaasin, Tahlil dan Solat Isyak. Seterusnya, pengisian menarik seperti persembahan Kumpulan UNIC, Kumpulan Qasidah Burdah (Shoutul Ahbab), persembahan Nasyid Hindi dan Tazkirah Santai. Sumber: Warta Kedah

Read 950 times
Rate this item
(0 votes)
“Membina Belia Bertaqwa : Merealisasi Misi Rahmatan Lil ‘Alamin”

18 Mei 2019, Lahad Datu - Alhamdulillah. Selesai Program Ihya' Ramadhan 1440H Siri 6 yang telah diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Kem Semulung Daerah Sepagaya, Lahad Datu melibatkan peserta dari kalangan remaja dan belia yang berjalan dengan lancar. . Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg Dr. Hj Suharpi Hj Lasuddong. Turut hadir Sdra. Jaafar Mahmud, YDP ABIM Sabah. . Program Ihya’ Ramadan merupakan program tahunan bersempena Bulan Famadan yang digerakkan oleh ABIM Sabah melalui portfolio sihat rohani dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N. Sabah (JHEAINS) dan Majlis Belia Sabah (MBS). . Tahun ini merupakan tahun ke-15 jelajah Program Ihya’ Ramadan di beberapa daerah terpilih. Tema Program Ihya’ Ramadhan tahun ini ialah “Membina Belia Bertaqwa : Merealisasi Misi Rahmatan Lil ‘Alamin” .

Read 2903 times
Rate this item
(0 votes)

Tak Apalah. Ayah Kami Masih Kuat Lagi. Featured

May 13, 2019
Hit: 1538
Written by
Tak Apalah. Ayah Kami Masih Kuat Lagi.

"Tak apalah. Ayah kami masih kuat lagi. Beri pada orang lain ya." kata anak sulung, Aisyah kepada kami.

Tersenyum bersama kami mendengar jawapan Aisyah bila ditanya kenapa tak ikut sama membawa adik-adik dalam program beli baju raya pada hari sebelumnya

Aisyah dan adik-adiknya tinggal bersama ayah dan neneknya yang dipanggil Uwan. Ibu telah 7 tahun bertemu penciptaNya. Ayah bekerja menjaga dobi layan diri, sementara Uwan dengan kudrat yang ada menerima tempahan froozen food.

Bersemangat Aisyah bercerita tentang persekolahan dia dan adik-adiknya. Anak-anak yang punya akhlaq yang baik. Menyambut dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih atas kunjungan kami melalui program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB).

Sebelum balik, salam tangan Uwan, peluk Uwan dan doakan kesabaran serta kesihatan buat Uwan. Uwan sambung minta doa sentiasa kuat tuk dapat jaga cucu-cucu sampai mereka dewasa.

Pegang kuat tangan Uwan, sambil tersenyum tanyakan Uwan, mudah tidak menjaga anak-anak ini? Jawab Uwan pantas, "Sangat senang dan rezeki banyak masuk," penuh semangat.

Duhai Allah, makbulkan doa Uwan dan doa anak-anak ini, kurniakan sebanyaknya kebaikan buat mereka, ampunkan dosa mereka dan berkati mereka ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin.

Pengakhiran program KSSB Abim Pusat bersama AIBIM dan Abim Negeri Sembilan pada hari Sabtu lalu yang sangat membahagiakan hanya dengan melihat semangat dan kecerdasan anak-anak ini.

Sama-sama ya kita doakan mudah-mudahan Aisyah dan adik-adiknya serta seluruh keluarga penerima sumbangan dipermudahkan dalam segala urusan dan dibukakan jalan keluar dari setiap kesulitan yang dihadapi. Amin ya Allah.

Buat penyumbang budiman, terima kasih ya. Semoga Allah menggantikan dengan sebanyaknya kebaikan dan ganjaran kepada semua.

----------------------

Begitulah KSSB (Kempen Seorang Sekampit Beras) ABIM dianjurkan tidak hanya memenuhi keperluan mereka yang memerlukan, lebih dari itu mendekatkan golongan yang berkemampuan melunaskan keprihatinan kepada yang sebaliknya.

Kita percaya proses mendidik hati dan emosi serta islah diri dapat dibantu melalui medium usaha kecil ini sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun, dengan cara mendekati dan membantu golongan musthad'afin.

Tahun ke-13 KSSB digerakkan, kita tetap mendoakan agar asnaf dan keluarga berkeperluan yang menerima sumbangan pada tahun ini akan tergolong dalam kalangan yang mampu diberdaya kewangannya dan mampu memberikan sumbangan pada tahun berikutnya.

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk;

¤ Wang ringgit boleh disalurkan menerusi akaun : ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Bank Islam (1402 3010 0305 52)

¤ Atau tekan link billplz KSSB di bawah ini untuk langsung ke pautan sumbangan: www.billplz.com/kssb

Hubungi terus pihak sekretariat di talian; 017-558 3251 #AndaHulurkanKamiSampaikan #KSSB2019

 

Catatan Oleh Puan Maria Kamel, Penyelaras Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)

Read 1538 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Our website is protected by DMC Firewall!