ABIM Pusat

ABIM Anjur Keluarga Mawaddah Wa Rahmah Featured

Sep 24, 2014
Hit: 1237
Written by
ABIM Anjur Keluarga Mawaddah Wa Rahmah

21 September 2014:- Alhamdulillah, ABIM dengan kerjasama ABIM Negeri Sembilan telah menganjurkan program Keluarga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR). Ini  adalah program  pertama selepas ‪#‎muktamarABIM43‬. Pengisian program ini telah dipenuhi oleh Puan Maria Kamel (Exco Pembangunan Sosial), merupakan rangkaian program KAMAR yang digerakkan Agenda Sosial ABIM ke arah mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini. 

Read 1237 times
Rate this item
(0 votes)
Mari Hadami Ucapan Dasar Presiden ABIM: Pembinaan Bangsa Malaysia: Memahami Realiti Kepelbagaian Mencorakkan Khittah Masa Depan

Ucapan Dasar Presiden ABIM 2014 dibentangkan di Muktamar Sanawi ABIM ke-43 di DBP Sabah pada 13 September 2014.

Read 3179 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Terima Kunjungan Hormat Kementerian Indonesia Featured

Sep 23, 2014
Hit: 1259
Written by
ABIM Terima Kunjungan Hormat Kementerian Indonesia

23 September 2014, Kajang. Meraikan Delegasi Kementerian Indonesia yang ingin mengetahui lebih dekat tentang ABIM dan sumbangannya terhadap pembangunan belia. Mereka berkata ketokohan dan idea Pak Natsir dan Hamka dihargai dan digunapakai oleh masyarakat Malaysia dan Abim.Justeru kami kata mereka harus menggali semula khazanah khazanah berharga ini.

Read 1259 times
Rate this item
(0 votes)
Keterbukaan Atasi Polemik Sabah-Sarawak Keluar Malaysia: Wan Azizan


Keterbukaan merupakan asas penting ke arah meredakan Polemik Membawa Sabah & Sarawak Keluar Dari Persekutuan Malaysia. Begitulah sebahagian ulasan yang dikemukakan Oleh Wan Azizan Ketua Biro Ekonomi ABIM. Beliau yang juga merupakan mantan  Yang Di Pertua Abim Negeri Sarawak (2011-2013) turut berkongsi beberapa perspektif sosio-politik yang unik. Antaranya beliau mengulas keunikan integrasi unik antara masyarakat Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung menerusi interaksi  merupakan rangkaian negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. 51 tahun berada dalam Malaysia, Sabah dan Sarawak mengalami pelbagai limpahan pembangunan dan ekonomi.

Di sebalik itu, terdapat juga suara-suara yang mahukan kedua-dua negeri keluar daripada Persekutuan Malaysia akibat dakwaan ketidakseimbangan ekonomi dan pembangunan berbanding Semenanjung. Apakah suara-suara itu mewakili majoriti rakyat Sabah dan Sarawak? Ikuti analisa lanjut menerusi pautan berikut : http://www.mobtv.my/talkshow-5898.html

Read 1709 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Tolak Idea Bawa Sabah Keluar Dari Malaysia

Perlembagaan mengiktiraf wujudnya kesalingan utuh hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri dibawah makna konsep federalisma perlembagaan kesan darpada unsur tradisi perlembagaan yang dipertahankan. Konsep ini memenifestasikan wujudnya dua wilayah kuasa kerajaan iaitu kerajaan persekutuan (kerajaan pusat) dan kerajaan negeri.

Justeru sejak 57 tahun Merdeka nikmat membangunkan negara digerakkan oleh negeri-negeri di semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Sabah menerima kesan ini sebagai sebuah negeri yang ada citra tersendiri. Justeru ABIM menolak sikap mana-mana pihak yang membawa cetusan idea untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Semangat hasrat rakyat dalam pemilihan suara Suruhanjaya Cobbold harus dipertahankan kerana itu adalah hasrat generasi awal yang kenal erti perit perjuangan awal mendapat kemerdekaan dari penjajah.

Generasi awal diungkapkan oleh Ibn Khaldum dalam al-Muqaddimah sebagai generasi perintis yang mengharungi onak duri gelombang kehidupan. Kemerdekaan harus dilihat dalam konteks yang lebih luas dan jangka panjang bukan hanya dengan momentum ruang litigasi dan dokumen semata-mata. Datuk Nicholas Fung Ngit Chung dalam satu makalah ‘The Constitutional Position of Sabah” menyebut bahawa dalam konklusinya, “However the skilfully drafted a constitution may be, it is useless if it is placed in unworthy hands and no amount of guarantee spelled out in the Sacred Document will be useful unless the Document is operated by men with good judgement, common sense, fairness dan goodwill.”

Keperluan untuk rakyat Sabah berada dalam Malaysia adalah untuk kestabilan, perpaduan dan menjujung semangat ‘ummah’ yang harus dipertahankan. Namun demikian golongan ‘ulul amriy’ harus mendengar rintihan masyarakat dengan lebih tuntas. Sabah harus dibantu dari pelbagai sudut dan dipertingkatkan kemampuan mandirinya dibidang ekonomi, politik, pendidikan dan kesejahteraan sosial.

Institusi Islam di Sabah juga harus diperkasakan untuk membantu saudara-saudara baru di kawasan pendalaman mendapat pendidikan Islam yang sempurna. Perlu dilahirkan golongan agamawan dan ulama’ dari kalangan pelbagai suku masyarakat Borneo itu sendiri yang pastinya lebih ‘berhikmah’ dan mendasar dalam dakwahnya dan didikannya untuk anak bangsa.

Petikan Ucapan Dasar Muktamar ABIM Kali Ke-43, "Pembinaan Bangsa Malaysia: Memahami Realiti Kepelbagaian, Mencorak Khittah Masa Depan", Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Read 1216 times
Rate this item
(0 votes)
Martabatkan Gagasan Bangsa Malaysia: ABIM

13 September 2014:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan(KBS) Negeri Sabah, Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) Negeri Sabah, Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan Majlis Belia Sabah (MBS) telah menganjurkan Simposium Hari Malaysia 2014 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sabah.

Simposium ini mengangkat tema ”Pembinaan Bangsa Malaysia: Memahami Realiti Kepelbagaian, Mencorakkan Khittah Masa Depan”, dianjurkan bagi mengukuhkan jatidiri Bangsa Malaysia sebagai manifestasi kesyukuran terhadap ulang tahun penubuhan Malaysia ke-53. Menginsafi bahawa kepelbagaian latar yang dikurniakan ke atas negara yang tercinta ini, maka Simposium Hari Malaysia 2014 menegaskan bahawa:

  1. Mengangkat bangsa Malaysia sebagai suatu matlamat utama kepada pembangunan negara.                       
  2. Gagasan Negara dan bangsa Malaysia tidak akan terbina tanpa penggabungan geografi serta politik yang disempurnakan dengan rasa saling hormat-menghormati dan menyantuni kepelbagaian latar budaya yang berbeza antara satu sama lain.                                                                                                                           
  3. Segala bentuk provokasi melampau berasaskan sentimen perkauman seharusnya dileburkan sama sekali.
  4. Pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan kepada formula keadilan sosial yang berasaskan kepada “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan”.

Maka simposium ini mencadangkan :

1) Mengarusperdanakan kefahaman masyarakat terhadap identiti bangsa Malaysia sebagai satu jatidiri.

2) Menegaskan kembali aspirasi bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020 yang telah digubal sebagai usaha memartabatkan bangsa Malaysia.

3) Semua peringkat masyarakat bertanggungjawab mengangkat identiti bangsa Malaysia tanpa rasa takut kerana ia tidak mencairkan jatidiri dan keturunan masing-masing.

4) Menyemarakkan kefahaman tentang identiti bangsa Malaysia melalui program dan wacana kependidikan seluruh nagara.

5) Sektor kerajaan, swasta dan media hendaklah bekerjasama untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu di samping menghapuskan sebarang penghalang yang boleh merencatkan agenda pembinaan bangsa Malaysia.

 

Bagi Pihak Penganjur Simposium Hari Malaysia 2014,

Salim Jaaparan (Pengarah) Dewan Amil Jaya,

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Negeri Sabah

13 September 2014

Read 1542 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Terima Penarafan Lima Bintang

Sep 18, 2014
Hit: 2137
Written by
ABIM Terima Penarafan Lima Bintang

13 September 2014:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menerima anugerah penarafan 5 Bintang daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk tahun 2013. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Khairy Jamaluddin (Menteri Belia & Sukan). Naib Presiden (Antarabangsa), Mohamad Raimi Ab Rahim, menerima anugerah tersebut bagi pihak ABIM. "ABIM merupakan satu-satunya pertubuhan belia Islam yang menerima pengiktirafan ini.

Ia dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk pengurusan serta pentadbiran (pertubuhan tersebut), memenuhi keperluan serta tuntutan dokumentasi yang dikenakan di samping gerak kerja yang aktif dalam membangunkan belia di negara ini," jelas Mohamad Raimi ketika Muktamar Sanawi ABIM Kali Ke-43. Presiden, Amidi Abd Manan, ketika mengulas mengatakan bahawa anugerah yang diterima ini merupakan cabaran yang besar yang perlu dipenuhi ABIM.

Read 2137 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

Jangan Normalisasikan
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat laporan ugutan rogol yang dilaporkan ...
Infaq Ramadan ABIM 1442H
  Hubungi pautan whatapps berikut untuk butiran :https://wa.me/60126211545 (U.P: ...
ABIM Bantu Kempen Terima
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 ...
Halal Certification Must
THE Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), together with international NGO coalitions, is always ...
Kerajaan Perlu Ambil
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...

ABIM Negeri

Jangan Normalisasikan
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat laporan ugutan rogol yang dilaporkan ...
Infaq Ramadan ABIM 1442H
  Hubungi pautan whatapps berikut untuk butiran :https://wa.me/60126211545 (U.P: ...
ABIM Bantu Kempen Terima
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 ...
Halal Certification Must
THE Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim), together with international NGO coalitions, is always ...
Kerajaan Perlu Ambil
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!