ABIM Pusat

ABIM Dewan Dakwah Perkukuh Dakwah Serantau

4 Ogos 2014, Kajang:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), telah menerima kunjungan daripada Bapak Ade Salamun, CEO LAZIS Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII). Bapak Ade Salamun telah disambut oleh Presiden ABIM, Amidi Abd Manan serta beberapa orang pimpinan ABIM. Tujuan ziarah untuk mengeratkan hubungan antara 2 NGO Islam besar Asia Tenggara iaitu ABIM dan DDII. Antara bentuk kerjasama yang telah dijalinkan ABIM-DDII ialah program Wakaf Qur'an serta pembangunan pendakwah terutama sekali di sekitar kepulauan serta pedalaman Indonesia. Beberapa ruang kerjasama antara kedua pihak turut dirancang dan bakal diketengahkan dalam masa terdekat.

Read 1371 times
Rate this item
(0 votes)
Kapitalisme, Pasaran Senjata dan Krisis

Oleh Dr Zulkifli Hasan (Exco Shariah Dan Kewangan Islam ABIM)                                                                                                                                                                                                                                                                 Tatkala Gaza dihujani bom dan peluru, Amerika dilaporkan terus menyalurkan bantuan kewangan dan senjata kepada Israel. Ahli Kongres Amerika memberikan lampu hijau dan menyatakan sokongan penuh kepada rejim zionis. Dilaporkan juga bahawa Rusia dan China telah menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong pelan Liga Arab untuk mendesak Presiden Syria Bashar Al Assad supaya berundur dan mengutuk keganasan kezaliman yang berlaku.

Hingga kini dilaporkan ribuan rakyat Gaza dan Syria telah terkorban dan tercedera. Ramai yang tertanya-tanya mengapa dan kenapa negara-negara ini berbuat demikian. Sudah pasti mereka mempunyai sebab dan justifikasi terhadap tindakan mereka ini. Rusia merupakan pembekal senjata dan rakan dagang utama Syria dalam membekalkan pelbagai jenis senjata kepada rejim Al Assad. Begitu juga di Bahrain, dalam keghairahan media barat mengutuk Iran untuk membangunkan tenaga nuklearnya, Amerika dalam masa yang sama telah membekalkan senjata yang besar jumlahnya kepada Bahrain.

Amerika juga pastinya sekutu utama Israel menyalurkan peralatan senjata termodennya dan akan berbuat apa sahaja untuk mengiyakan segala kejahatan rejim zionis. Lihat saja kelengkapan ‘Iron Dome’ Israel yang dibiayai oleh Amerika dengan belanja melebihi USD225 juta. Amerika secara konsisten menjadi penyumbang utama ekonomi dan persenjataan Israel dan ini diketahui dunia. Krisis merupakan perkara yang sinonim dengan kapitalisme. Bahkan, kapitalisme memerlukan krisis untuk ‘survive’ atau untuk terus relevan.

Tanpa krisis, kapitalisme akan runtuh dan tidak akan berfungsi. Itulah antara faktor mengapa berlakunya kitaran krisis ekonomi, krisis kewangan, krisis peperangan dan pelbagai krisis yang lain pada hari ini. Mengetahui perkara inilah, golongan pemodal akan memastikan krisis itu dicipta dan direncanakan secara strategik demi mengaut keuntungan melaluinya. Begitu juga apa yang berlaku pada hari ini khususnya di Timur Tengah. Dengan sumber kekayaan yang melimpah melalui hasil minyak yang menjadi rebutan dunia, golongan pemodal pastinya telah merencanakan pelbagai krisis dan ancaman yang membolehkan produk senjata mereka dilanggani tanpa had.

Dalam erti kata lain, golongan pemodal ini mencipta “PASARAN’ melalui krisis dan peperangan. Dunia telah menyaksikan bahawa abad ke 20 merupakan abad yang paling kejam dalam sejarah manusia dengan dua peperangan dunia, diikuti lebih 30 tahun perlumbaan senjata, perang teluk, perang Afghanistan, Perang Vietnam, Perang Iran-Iraq termasuk konflik dalaman, revolusi dan sebagainya. Program Penyelidikan Keamanan, Cornell Universiti di Amerika telah menganggarkan bahawa seramai 231 juta manusia telah terkorban melalui peperangan dan konflik sepanjang abad ke 20.

Di antara faktor utama sejarah tragis manusia ini adalah kesan daripada perdagangan senjata. Perdagangan senjata yang sering kali dilihat sebagai langkah memperkuatkan sistem pertahanan dan perbelanjaan persenjataan atas dasar keselamatan sebenarnya hanya mencetuskan konflik dan pertumpahan darah. Dalam erti kata lain, peperangan telah dicipta bukan hanya kerana ideologi tetapi juga berfaktorkan keuntungan. Melihat kepada signifikannya isu perdagangan senjata dan agenda para kapitalis pengeluar senjata, artikel ini cuba menelusuri dan meninjau realiti perdagangan senjata termasuk menampilkan aktor-aktor pengeluar senjata dan pelanggan tetap kepada saudagar senjata ini di seluruh dunia.

Di samping itu, penulis juga berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan institusi dan badan yang aktif dan komited mengawal dan memantau perdagangan senjata dan juga entiti yang secara komperehensif merekod dan menyimpan data serta statistik perdagangan senjata di seluruh dunia. Artikel penuh boleh dibaca menerusi pautan ini Kapitalisme, Pasaran Senjata Dan Krisis.

Read 1650 times
Rate this item
(0 votes)
The Pocket Rocket Man Dan Kuasa Advokasi

Ketika sukan Olimpik 1968, dua atlit African-American iaitu Tommie Smith dan John Carlos telah menunjukkan aksi protes mereka sewaktu majlis menerima pingat di atas kemenangan mereka. Protes tersebut dibuat dalam bentuk aksi mengangkat tangan serta menggengam penumbuk mereka yang dipakai sarung tangan berwarna hitam dan mereka mengangkatnya sehingga lagu kebangsaan Negara mereka berhenti.

Read 1760 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Anjur Iftar Bersama Masyarakat Orang Asli

19 Julai 2014, Broga:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ummah Centre dengan kerjasama Kumpulan Darul Ehsan Berhad ,JKKK KOA Broga telah menganjurkan program Iftar Asnaf Ramadhan Bersama Masyarakat Orang Asli. Program ini dianjurkan untuk mengeratkan silaturahim antara sukarelawan, penduduk kampong orang asli Broga dan tetamu kehormat sepanjang berlangsung program. Program ini juga memberi peluang kepada sukarelawan mengenali komuniti orang asli melalui ziarah rumah ke rumah, gotong royong dan iftar bersama sama.   

Read 1560 times
Rate this item
(0 votes)
Projek Tabarro Satukan Mahasiswa Di Mesir

23 Julai 2014, Kaherah:- ABIM Mesir telah menerajui projek usahasama bersama 10 persatuan dan organisasi pelajar Malaysia di Mesir bagi menyantuni golongan gelandangan dan masyarakat tempatan di sekitar kota Kaherah. Aktiviti ini diadakan untuk menyemarakkan lagi aktivisme komuniti Mahasiswa Malaysia di Mesir. Tabarro' Project 23 julai 2014 untuk kali ini. Dan kita sememangnya jelas,sukarelawan dan aktivisme sebenarnya terlalu luas dan mempunyai pelbagai cabang,bukan tertumpu kepada dapur jalanan semata,bukan tertumpu kepada anak yatim sahaja,tapi skopnya amatlah luas. ia bukan perkara baru.

Read 1650 times
Rate this item
(1 Vote)

Salam Aidilfitri Dari ABIM!

Jul 24, 2014
Hit: 1316
Written by

BULAN Ramadan bakal meninggalkan kita tidak berapa lama lagi. Sebagai hamba yang mendambakan keakraban dengan khaliqnya ia bermakna tinggal sudah satu lagi kesempatan merapatkan diri dengan-Nya. Belum pasti kita akan mendapat kesempatan sebegini lagi pada tahun yang akan datang. Berlalunya Ramadan juga bererti berlalunya rutin berpuasa selama sebulan.

Berpuasa adalah amalan yang menyihatkan dari sudut fizikalnya. Sebagaimana yang disabdakan Rasul "Berpuasalah nescaya kamu sihat". Menerusi berpuasa kita meningkatkan disiplin penjagaan kesihatan menerusi waktu makan yang terhad. Perginya Ramadan bukanlah membawa bersamanya silaturahim yang dibina didalamnya. Pada Ramadan kita bersua muka di masjid mahupun di surau, bertemu di majlis khatam al-Quran, bertadarus bersama dan bersua menyampaikan derma. Mudah-mudahan silaturahim umat terus berkekalan dan bertambah teguh pada masa-masa yang akan datang.

Menjelmanya Aidifitri petanda kemenangan sudah kita capai. Kemenangan dalam perjuangan tidak mungkin dapat kita kecapi tanpa didahului dengan pengorbanan. Pengorbanan yang paling asas adalah pengorbanan mengekang hawa nafsu. Hawa nafsu perlu ditundukkan terlebih dulu barulah musuh akan mengaku kalah. Namun sebesar mana pun kemenangan dicapai, sehebat mana pun dugaan dikalahkan, ia tidak bererti jika nafsu terus menggila, riak bermaharaja lela dan mabuk bersama keangkuhan diri.

Menjelang Aidilfitri seharusnya menjadi petanda lembaran baru perhubungan sama ada dengan khaliq dan makhluq. Lembaran baru kepada sang pejuang yang memburu syahid bagi mendapat keredhaan Ilahi. Redhanya Ilahi lantaran bersihnya dosa, redhanya manusia lantaran noda yang dilupakan.

Salam Aidilfitri kepada semua pendukung dan penggerak dakwah.

Read 1316 times
Rate this item
(0 votes)
KSSB Labuhkan Tirai Di Sungai Pusu Gombak

22 Julai 2014, Sungai Pusu:- Program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) untuk sessi telah melabuhkan di Kampung Sungai Pusu Gombak. Program ini turut dianjurkan bersama  ASA IIUM, Villa Bestari, KICT Welfare Club dan Penduduk Penduduk Sungai Pusu.  Menerusi program ini, delegasi ABIM dapat mengerti serta mencermati kesusahan penduduk kampung berhampiran Ibukota.

Read 1356 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Our website is protected by DMC Firewall!