ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Masyarakat Antarabangsa Perlu Contohi Keberanian Negara Gambia. Featured

Nov 19, 2019 Hit: 726 Written by 
Masyarakat Antarabangsa Perlu Contohi Keberanian Negara Gambia.

KENYATAAN MEDIA

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

19 NOVEMBER 2019 / 22 Rabiul Awwal 1441 H

TINDAKAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA TERHADAP MYANMAR : ABIM GESA PBB DAN MASYARAKAT ANTARABANGSA IKTIRAF & CONTOHI KEBERANIAN NEGARA GAMBIA.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakan sokongan kepada tuntutan undang-undang yang difailkan Gambia di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), berhubung siri pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik secara keseluruhannya ke atas etnik Rohingya oleh tentera pemerintah Myanmar tanpa batasan hak asasi manusia.

Menurut laporan, Menteri Kehakiman, Abubacarr Tambadou berkata, negara terbabit bertindak bagi pihak 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengheret Yangon ke mahkamah antarabangsa tersebut di The Hague.

ABIM menegaskan bahawa tindakan ini penting bagi memberi tekanan kepada Myanmar, memandangkan hanya negara (bukan individu) yang boleh memfailkan kes ke atas sebuah negara lain di ICJ. Selain itu, Gambia serta Myanmar adalah penandatangan Konvensyen Genosid 1948 yang menetapkan mereka perlu menghalang dan menghukum jenayah pembunuhan beramai-ramai. 

Justeru, ABIM menggesa PBB dan organisasi antarabangsa yang mewakili masyarakat dunia untuk memberi anugerah khas membela kemanusiaan buat Gambia atas keberanian kerajaan tersebut mengambil tindakan undang-undang membela etnik Rohingya.

Selain itu, ABIM berpandangan tindakan ini seharusnya menjadi "wake up call" buat negara-negara seluruh dunia untuk bertindak menentang tindakan tidak perikemanusiaan Myanmar ini menerusi seluruh saluran antarabangsa yang ada. 

Dalam pada itu, ABIM turut mengulangi gesaan untuk mendesak kerajaan Malaysia dan seluruh negara ASEAN bertegas menilai semula keanggotaan Myanmar dalam ASEAN kerana tindakan kejam kerajaan Myanmar amat bercanggah dengan prinsip dan budaya negara serantau yang berasaskan nilai-nilai murni keamanan sejagat.

Muhammad Faisal Abdul Aziz

Presiden

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Last modified on Tuesday, 03 December 2019 04:18
Read 726 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd