ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Mini Karnival Gaya Hidup Sihat Bersama Masyarakat Kampung Selayang Indah

Apr 29, 2012 Hit: 3768 Written by 
Mini Karnival Gaya Hidup Sihat Bersama Masyarakat Kampung Selayang Indah

29 April 2012:- Angkatan Belia Islam (ABIM) dengan kerjasama JKKK KG Selayang Indah, Kumpulan Perangsang Selangor, Pusat Aktiviti Kokorikulum UIAM dan Hospital Al-Islam telah menganjurkan Mini Karnival Gaya Hidup Sihat yang diadakan di perkarangan Surau Al-Hidayah Kg Selayang Indah. Mini Karnival Gaya Hidup Sihat ini turut memperlihatkan kerjasama erat antara pihak ABIM dan pelajar-pelajar UIAM.

Mini Karnival telah dikunjugi seawall jam 8 pagi. Meja pendaftaran telah dibuka untuk pengunjung mendaftarkan diri sebagai peserta aktiviti yang telah disediakan. Antara aktiviti yang telah dirangka ialah Walkathon Amal (10,000 Langkah), Sukaneka (untuk kanak-kanak), Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Bayi Cergas.

Bersesuaian dengan temanya iaitu “Katakan Ya kepada Gaya Hidup Sihat”, Mini Karnival Gaya Hidup Sihat telah dimulakan dengan Senamrobik yang telah melibatkan penduduk Kg Selayang Indah dan AJK yang menggerak program tersebut. Mini Karnival Gaya Hidup Sihat telah dirasmikan oleh Saudara Raimi Abd Rahim, Setiausaha Agung ABIM. Sejurus kemudian, Saudara Raimi Abd Rahim telah sudi untuk melepaskan peserta Walkathon Amal yang ditugaskan untuk mengedar risalah berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan kekeluargaan. Serentak dengan pelepasan peserta Walkathon Amal, aktiviti sukaneka yang dikawal selia oleh pelajar UIAM telah menarik minat kanak-kanak Kg Selayang Indah.

Turut diadakan pameran dari AADK bagi memberi penjelasan kepada masyarakat umum. Komuniti setempat juga telah diberi peluang untuk membuka gerai bagi menambah pendapatan mereka. Sepanjang mini carnival berlangsung, Biro Kesihatan ABIM (BKA) telah mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Dr Shahrizal Azwan, Ketua Biro Kesihatan ABIM telah memberikan ceramah berkenaan dengan gaya hidup sihat. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Ismail, pegawai dari Kumpulan Perangsang Selangor. Beliau turut sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mewarna, Sukaneka, Pertandingan Bayi Cergas dan cabutan bertuah

Read 3768 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd