ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Tahniah Kerana Memilih ABIM

May 27, 2012 Hit: 1530 Written by 
Tahniah Kerana Memilih ABIM

27 Mei 2012 - Para aktivis ABIM seharusnya merasa bertuah kerana memilih untuk bersama ABIM. Begitulah intipati ucapan Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, dalam ucaptamanya sempena merasmikan Ijtimak Harakiy WADAH (Selangor)-ABIM (Selangor)-PEPIAS di Klang pada 27 Mei yang lalu. "Berlainan dengan pertubuhan-pertubuhan belia yang lain, ABIM telah membuktikan peranannya dalam menegakkan teras keislaman di negara ini di samping menjunjung aspirasi serta harapan semasa umat serta golongan belia di negara ini." jelas beliau sambil mengucapkan tahniah kerana memilih ABIM sebagai wadah aktivisme dakwah mereka.

 

Selanjutnya beliau mengimbau penghargaan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak terutama sekali ahli akademik serta pengkaji dalam dan luar negara terhadap peranan yang dimainkan ABIM sepanjang 40 tahun penubuhannya, terhadap perkembangan Islam di negara ini. ABIM Selangor pada tahun ini sedang meraikan sambutan 40 tahun penubuhannya. Penganjuran Ijtimak Harakiy WADAH-ABIM-PEPIAS ini merupakan manifestasi rangkaian perjuangan tiga generasi aktivis dakwah di negeri Selangor.

"Jika kita mampu menampilkan kualiti aktivisme dakwah terbaik untuk masyarakat, usah takut dan gentar. Masyarakat tanpa mengira golongan pasti akan menantikan kehadiran ABIM untuk bersama-sama mereka! Semua ini berlaku dengan teras kualiti kepimpinan yang kukuh serta mantap yang sekaligus akan membantu perkembangan dakwah itu sendiri," jelas Mohamad Raimi sambil kemudian menegaskan kepentingan memperkukuhkan institusi-institusi ABIM (terutama sekali dalam bidang pendidikan) di peringkat negeri dan daerah yang merupakan teras penting gerak kerja ABIM di peringkat akar umbi. Beliau menamatkan ucapannya dengan merakamkan penghargaan kepada para pengasas ABIM Selangor di atas legasi dakwah yang diwariskan untuk generasi kini di samping menyeru para pemimpin pelapis pada masa kini untuk meneladani hikmah serta kekuatan mereka (para pengasas serta generasi awal) dalam mengembangkan dakwah di negeri Selangor.

Read 1530 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd