ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Kejohanan Futsal FGIS Kukuhkan Semangat Perpaduan Featured

Oct 20, 2014 Hit: 2156 Written by 
Kejohanan Futsal FGIS Kukuhkan Semangat Perpaduan

KUMPULAN Persahabatan bagi Perkhidmatan Antara Agama (FGIS) membuktikan bahawa tanpa hadiah wang tunai, kejohanan futsal yang dianjurkan pada Ahad telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan tersebut berjaya menarik lebih seratus peserta berusia 18 hingga 35 tahun dengan menyaksikan setiap pasukan diwakili oleh peserta pelbagai kaum. Pengasas dan penasihat FGIS, Datuk J.Jegathesan berkata beliau amat teruja dengan semangat yang ditonjolkan oleh golongan belia ini.

“Mereka bermain dalam satu pasukan dan bukannya satu agama. “Ia bukan sekadar perlawanan futsal, tetapi apa yang lebih penting adalah hubungan erat antara kaum merupakan objektif utama kami. "Malah dalam masa yang sama, mereka diterap dengan budaya positif iaitu bersukan bukan kerana wang ringgit,” jelasnya kepada mStar online selepas penyampaian pingat kepada semua peserta.

 Jegathesan berkata, walaupun baharu kali pertama dianjurkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan FGIS bercadang akan menjadikan aktiviti ini sebagai program tahunan. “Kami juga merancang untuk mengadakan program ini di setiap negeri sebelum ke peringkat kebangsaan. Bagi saya ia merupakan salah satu landasan penting untuk mengukuhkan semangat perpaduan. “Kita bukan sahaja melihat peserta-peserta dari pelbagai kaum menyertai perlawanan ini, malah wakil-wakil kumpulan agama Malaysia juga turut meluangkan masa hadir memberi sokongan.

“Mereka (wakil kumpulan agama) ini sanggup mengetepikan seketika tugasan masing-masing untuk sama-sama menjayakan aktiviti perpaduan ini,” katanya. Dalam pada itu, Jegathesan berkata, program-program berbentuk perpaduan seperti ini sepatutnya mendapat sokongan penuh daripada pihak media. “Jelas sekali, aktiviti seperti ini jarang mendapat liputan kerana tidak ada sebarang ‘unsur’ politik atau isu panas. “Saya percaya jika ada dua perkara itu, pasti semua media akan hadir,” jelasnya penuh bermakna.

FGIS ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebuah organisasi yang berusaha untuk merapatkan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia. Organisasi ini berperanan bekerjasama dengan agama-agama utama demi kebaikan negara. FGIS terdiri daripada kumpulan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Buddhist Maha Vihara, Kumpulan Gereja-Gereja Malaysia, Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Gurdwaras Council (Sikh). Sumber mstar online

Last modified on Monday, 03 November 2014 06:52
Read 2156 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!