Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Untuk Mu Muhajirin Rohingya Featured

Aug 29, 2018 Hit: 1323 Written by 
Untuk Mu Muhajirin Rohingya

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Tim QFTN #UntukMuMuhajirinRohingya5.0 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Lunas sudah kami melaksanakan amanah dari rakyat Malaysia, Masyarakat Indonesia serta Bonyan Organization untuk ibadah Qurban 1439H bagi Muhajirin Rohingya yang memerlukan di perbatasan Cox's Bazar dan Myanmar dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang telah bersama-sama kami sejak 19 Ogos 2018 sehingga 25 Ogos 2018.

Sebanyak 53 ekor lembu dan 11 ekor kambing telah berjaya dikorbankan dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Dianggarkan 7,950kg lembu dan 550kg kambing telah disembelih dan seramai 42,500 orang Muhajirin Rohingya yang memerlukan yang menetap di Kem Balukhali dan Kem Kutupalong di Cox's Bazaar serta Muhajirin Rohingya yang berada di Chittagong telah menerima manfaat dari #QurbanAndaHarapanMereka.

Beras sebanyak 500kg hasil sumbangan dari Tuan Puan pula telah diagihkan kepada sekitar 100 keluarga yang memerlukan di sekitar Chittagong, tidak jauh dari pusat agihan daging qurban di Masjid Ali Hassan Al-Marai'e, sebuah kawasan penempatan Muhajirin Rohingya di luar kem namun sangat dhaif.

Pihak GPM merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada peserta Qurban dari Malaysia, Masyarakat Indonesia dan juga Bonyan Organization atas segala sumbangan yang dihulurkan dan tidak lupa kepada rakan kerjasama, MVM dan rakan NGO lapangan serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam misi pada kali ini.

"Humanitarian Mission Across Borders"

Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim

Ahmad Hamizan Ahmad Horman

Mohamad Aliemran Norasid

Tim QFTN Bangladesh 2018

Read 1323 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd