Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Celik CPR bantu hadapi serangan jantung Featured

Sep 30, 2019 Hit: 923 Written by 
Celik CPR bantu hadapi serangan jantung

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Menyedari serangan jantung semakin meningkat setiap tahun, Hospital Pakar Al-Islam mengadakan program celik bantuan awal kecemasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, semalam.

Program itu diadakan dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) dan Persatuan Resusitasi Malaysia (MyRes) bertemakan 'Menyelamatkan Satu Nyawa Umpama Menyelamatkan Seluruh Umat'.

Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, objektif program itu adalah meningkatkan kadar nyawa terselamat daripada serangan jantung mengejut yang berlaku di ruang awam, masjid dan pasar raya dengan menggunakan teknik CPR serta peranti AED (Automated External Defibrillator).

“Program julung kali diadakan itu melibatkan penglibatkan lebih 300 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. “Ia juga diadakan sempena 'FIMA-Global Lifesavers Day' yang diadakan serentak pada hari sama di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Pakistan, United Kingdom dan Afrika Selatan,” katanya.

Program itu mendapat kerjasama daripada beberapa organisasi lain seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jawatan kuasa Masjid Jamek Kg.Baru.

Mengulas lanjut, Mohd. Daud berkata, Insiden sindrom koronari akut (ACS) termasuk serangan jantung (AMI) berlaku sebanyak 47.1 kes bagi setiap 100,000 penduduk, menjadikan anggaran 15,260 kes bagi 32.4 juta rakyat Malaysia. UTUSAN ONLINE

Read 923 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!