×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 276

Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Bengkel Sukarelawan Bantu Mualaf

May 05, 2012 Hit: 3033 Written by 
Bengkel Sukarelawan Bantu Mualaf

Bagi memberi penerapan atau pendedahan ilmu mengenai aktiviti sukarelawan dalam membantu dakwah Islamiah kepada saudara Muslim, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Bengkel Sukarelawan Perkim bertempat di Bilik Mesyuarat Perkim, Tingkat 4, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 5 Mei lalu.

Ia disertai 60 peserta terdiri daripada kalangan ahli perniagaan, guru, cendekiawan, penjawat awam dan swasta, pelajar kelas pengajian harian Perkim serta mahasiswa universiti sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Penyelaras program Wan Nur Syafinas Wan Burhanuddin berkata, bengkel itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan dan tugas mereka dalam membantu usaha-usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan Perkim.

"Program itu juga melatih peserta menjadi pendakwah berkesan, sekali gus menjadikan mereka pengantara dan pemudah cara Perkim untuk membantu permasalahan yang berhubung kait dengan Saudara Muslim," katanya.

Syafinas yang juga Penolong Pegawai Dakwah Perkim berkata, melalui program itu, peserta dapat menyumbangkan khidmat tenaga, masa dan kewangan untuk mencapai objektif, misi dan visi Perkim.

Jelasnya, bengkel tersebut memberikan pendedahan mengenai panduan dan perlaksanaan peserta dalam membantu Perkim dalam susulan pemahaman, pelajaran serta kefahaman mengenai Islam kepada saudara Muslim.

"Peserta akan melibatkan diri dalam aktiviti mengedarkan risalah Islam, ziarah usrah saudara Muslim, ziarah hospital, ziarah akidah, pendakwah pelancongan, khidmat kaunseling, integrasi sosial masyarakat, mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan, memberi sumbangan kepada mangsa musibah dan mengagihkan pakaian terpakai," jelas Syafinas.

Syafinas berharap agar peserta memperkasakan tugas kesukarelawanan mereka dengan kemahiran berkomunikasi yang sedia ada, berorganisasi dan seterusnya mengikuti aktiviti latihan di lapangan serta melakukan amal jariah dalam melahirkan pendakwah yang cemerlang ke arah fisabilillah.

Pada program yang sama, Sayyid Musa al-Kazim turut menyampaikan ceramah bertajuk Tugas Nabi dan Sahabat Sebagai Sukarela.

Sayyid dalam ceramahnya, mengajak peserta mengimbau kembali kisah-kisah para sahabat Nabi di mana perjuangan mereka di dalam sukarelawan demi mengembangkan syiar dakwah Islamiah semata-mata mendapat keredaan-Nya.

Ia sejajar dengan saranan Allah SWT dalam surah Hud ayat 29 yang bermaksud: Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata.

Sahabat Rasulullah melaksanakan kerja-kerja sukarela demi menyebarkan kebaikan dan menyeru manusia kepada agama seperti kisah Masjid Kuba' di Madinah, di mana para sahabat bekerjasama mencurahkan tenaga demi membina sebuah masjid.

Secara tidak langsung, tugas sukarelawan di Perkim merupakan tugas pendakwah dalam membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh saudara Muslim.

Beliau mengajak peserta mempamerkan akhlak terpuji dan dakwah Islamiah yang disampaikan Rasulullah dan para sahabat agar ia dapat disemaikan kepada saudara Muslim serta masyarakat kerana ketinggian ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Ini dijelaskan dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.

Jelas Sayyid lagi, dengan menghulurkan sumbangan secara sukarela, peserta akan menjadi umat yang disayangi Allah SWT seterusnya dihargai oleh masyarakat sebagai mukmin yang sentiasa melakukan kebaikan dan menyumbang ke arah kebajikan.

Selain itu diadakan juga sesi soal jawab dan pembahagian tugasan kepada peserta.

Read 3033 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!