×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 290

PKPIM Tuntut Penjelasan Universiti Malaya (UM) Mengenai Kebebasan Akademik Di Universiti

Jul 01, 2014 Hit: 3228 Written by 
PKPIM Tuntut Penjelasan Universiti Malaya (UM) Mengenai Kebebasan Akademik Di Universiti

Kuala Lumpur, 30 Jun 2014 : Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan ini menuntut Universiti Malaysa (UM) memberi penjelasan mengenai situasi kebebasan akademik di universiti.Ini berikutan laporan mengenai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya UM (UMCEDEL), dan Dekan Fakulti Sejarah dan Sains Sosial, Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman telah ditamatkan kontrak atas dasar kebanyakan kajiselidik UMCEDEL yang tidak berpihak kepada parti kerajaan.

Situasi memburuk apabila beberapa Penyelidik UMCEDEL juga berundur atas dasar membantah keputusan UM. Sekiranya laporan itu betul, maka ternyata kebebasan akademik di universiti yang dijanjikan oleh kerajaan masih lagi tidak dipenuhi. Prof Datuk Dr Redzuan Othman dianggap sebagai mewakili suara ahli akademik yang murni kerana setiap pembentangan beliau mengenai kajiselidik pilihanraya disokong oleh data yang komprehensif. Malah beliau sendiri mempunyai pandangan yang tajam mengenai situasi politik semasa dan tidak gentar dalam menyatakan kebenaran walaupun mungkin tidak selari dengan pandangan pemimpin kerajaan.

Kajiselidik UMCEDEL dibawah pimpinan beliau menjadi rujukan untuk mana-mana penganalisis politik. Malah, felo penyelidik UMCEDEL sendiri banyak dijemput dan ditemuramah oleh media untuk bertanyakan pendapat mengenai persepsi orang ramai berdasarkan kajiselidik mereka sewaktu pilihanraya baik sewaktu PRU ke-13 atau PRK selepasnya.

Tak kurang pula banyak ahli politik, baik dari parti BN atau PR yang mengatur strategi berdasarkan kajiselidik UMCEDEL. Ini menunjukkan bahawa tuduhan kajian UMCEDEL menguntungkan PR adalah tidak berasas. Beliau sebagai dekan pula sangat dihormati di kalangan ahli akademik sebagai pakar dalam bidang sejarah terutamanya Timur Tengah.

Seringkali beliau muncul di kaca TV atau ditermuramah oleh akhbar sekiranya berlaku konflik di Timur Tengah. Beliau adalah dekan pertama yang memenangi pilihanraya dekan di UM yang dipilih oleh pensyarah sendiri. Walaupun begitu, pemilihan dekan akhirnya akan ditentukan oleh pihak pentadbiran universiti. PKPIM sendiri mempunyai hubungan rapat dengan Prof Redzuan atas dasar beliau sebagai mantan Setiausaha Agung PKPIM pada tahun 80 an. Hingga kini, beliau adalah pakar rujuk bagi mahasiswa dalam isu-isu berkaitan politik antarabangsa dan nasional. PKPIM merasakan sekiranya situasi ini terus berlaku, maka mahasiswa akan kehilangan kepercayaan ke atas pentadbiran universiti.

Bukanlah hasrat PKPIM untuk mempersoalkan kredibiliti dekan fakuti dan pengarah UMCEDEL yang baru namun pengunduran Prof Dr Redzuan ini dilihat dibuat dalam keadaan seolah-olah ada campur tangan dari pihak yang berkepentingan dan mungkin cemburu melihat kejayaan UM dalam bidang kajian pilihanraya.

Sekurang-kurangnya UM perlu memberi penjelasan kepada orang ramai supaya universiti di Malaysia tidak dilihat seringkali menyingkirkan mana-mana ahli akademik yang kritikal terhadap kerajaan.

Muhamad Aliemran Norasid

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Last modified on Wednesday, 09 July 2014 04:24
Read 3228 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!