Politik Dikir Barat Cemari Politik Melayu: Ust Siddiq Fadzil Featured

Jun 05, 2015 Hit: 2649 Written by 
Politik Dikir Barat Cemari Politik Melayu: Ust Siddiq Fadzil

Orang Melayu telah dicemari dengan budaya politik Dikir Barat. Begitulah petikan yang menarik perhatian oleh Dato' Siddiq Fadzil ketika membimbing para hadirin sempena siri Kuliah Tafsir Maudhuiyy "Mewaspadai Gejala Kehilangan Hikmat Buta Sejarah & Kufur Nikmat. "Sesungguhnya, politik orang Melayu kini di wabaki sindrom "Politik Dikir Barat". Bila Tukang Karut berkata kata, maka ahli ahlinya akan terpaksa mengulangi setiap senikata yg sama. Andai ada ahli yg cuba mengubahnya, maka akan tersingkirlah ahlinya dari kumpulan Dikir Barat itu, " jelas beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Siddiq Fadzil. 

 

Berikut antara intipati penting kuliah yang diadakan pada 30 Mei 2015 yang lalu:

Bukan sekadar menghafal tarikh dan kronologi peristiwa tapi yang lebih penting 'menyeberang dari peristiwa kepada makna'. Dan sejarah adalah komponen penting dalam agama yang menjadi inti di dalam Al-Quran. Meremehkan sejarah bermakna mengenepikan misi besar para rasul dan gagal menangkap mesej sejarah pula bererti kehilangan hikmah.

Sejarah membolehkan kita belajar untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan dan supaya dididik hati untuk bersabar dengan ujian dan bencana yang Allah berikan. Namun, bersabar itu bukan menerima kezaliman dan merelakan penghinaan semata-mata tapi bertahan menanggung derita tanpa tewas jiwanya serta terus-menerus berjuang untuk membebaskan diri.

Pengajaran dalam kisah Nabi Musa dan Bani Israel yang ditindas Firaun. Belajar, memahami dan menghargai sejarah akan menjadikan kita bukan saja mensyukuri akan nikmat serta sabar dengan ujian, tapi lebih dari itu sedar diri, bahawa sejarah sudah berjalan dan tertulis sedemikian panjang untuk kita sentiasa mengambil iktibar agar kita tidak berjalan di atas muka bumi dengan rasa angkuh dan lupa daratan. Agar kita sentiasa mengingat, setiap langkah yang diaturkan akan ada akibat yang menunggu di depannya.

Akibat yang tidak lari dari apa yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah. Info menarik: * Ibnu Khaldun mengarang kitab sejarah, tapi tidak menggunakan perkataan 'Tarikh' di dalam judulnya tapi kata 'Ibar' dan 'Ayyam'. * 'Ibar' dari kata ''ibara', 'ya'buru' yang bermaksud 'menyeberang' = kalau dalam konteks sejarah adalah menyeberang dari peristiwa kepada makna. * 'Ayyam' seperti di dalam ayat 5 Surah Ibrahim itu; 'ayyami llah' yang bermaksud hari-hari Allah yang ditakrifkan sebagai peristiwa-peritiwa sejarah yang menunjukkan kekuasaanNya yang penting dalam menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa. 

 

 

Nota Penuh KTM 74:- Mewaspadai Gejala Kehilangan Hikmah, Buta Sejarah Dan Kufur Nikmat (Surah Ibrahim: 4-7) by Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

 

 

Last modified on Friday, 05 June 2015 09:02
Read 2649 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Our website is protected by DMC Firewall!