Pilihanraya Turki 2015 Banyak Ketengah Fakta Menarik: Prof Dato' Dr Mohammed Redzuan Othman Featured

Jun 17, 2015 Hit: 3381 Written by 
Pilihanraya Turki 2015 Banyak Ketengah Fakta Menarik: Prof Dato' Dr Mohammed Redzuan Othman

16 Jun 2015:- Prof Dato' Dr Mohammed Redzuan Othman, Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya, telah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Pilihanraya Parlimen Turki 2015 yang lalu. Fakta-fakta tersebut dikongsi ketika mengisi ceramah Sekularisme Attaturk Dan Perjuangan Memartabatkan Islam di Turki, di Surau Al-Furqan, Puncak Alam, Kuala Selangor pada 16 Jun 2015 yang lalu. "Majoriti AKP berkurangan kerana parti HDP (Berasaskan Kepada Nasionalis Kurdis) telah berjaya memenangi 80 kawasan yang dahulu dimenangi AKP," jelas Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM mulai 1997 sehingga tahun 2003.

Dikenali dengan panggilan mesra Prof Redzuan, dia turut mengatakan HDP telah menguasai peratusan undi di kawasan etnik Kurdis yang dahulunya menyokong AKP. Kerajaan AKP di bawah kepimpinan Reccep Tayyip Erdogan serta Abdullah Gul telah memberikan autonomi politik yang luas kepada masyarakat Kurdis yang dahulunya (isu ini) sering menjadi duri dalam daging kepada hubungan Turki-Etnik Kurdis. "Erdogan dan AKP juga berhadapan dengan beberapa cabaran politik yang getir sebelum menghadapi pilihanraya ini," jelas beliau yang bakal menerbitkan satu lagi buku mengenai politik Turki dan kepimpinan Reccep Tayyip Erdogan. 

Antaranya; skandal Energekon ataupun Sledge Hammer iaitu usaha pihak tentera (tunjang sekularisme Turki) untuk membuat rampasan kuasa menerusi Grand Design Politik Yang Menggerunkan. "Erdogan juga diuji pada tahun 2013 dengan demonstrasi rakyat di Teksim Square di samping menerima kritikan kerana menutup sepenuhnya saluran media sosial Twitter dan Youtube," jelas Prof Redzuan sambil menambah Erdogan terpaksa menutup saluran Twitter dan Youtube kerana ada ia menyiarkan perbincangan sulit (isu keselamatan Turki) membabitkan Erdogan. Di samping itu, kepimpinan Erdogan dan AKP turut cuba digugat dengan pengaruh Gerakan Hizmet pimpinan Fethullah Gulen.  

"Walau apapun, cabaran-cabaran tersebut tidak menjejaskan usaha pembangunan dan kemajuan yang diusahakan di bawah kepimpinan Erdogan dan AKP," simpul Prof Redzuan yang juga merupakan Mantan Pengarah UMCEDEL. Kini beliau merupakan Timbalan Pengerusi di Institut Darul Ehsan (IDE). Antara video menarik menampilkan analisa Prof Redzuan mengenai sejarah dan politik Turki:-

 Reccep Tayyip Erdogan Sebagai Presiden; Harapan & Cabaran

 

 

 Latar Belakang AKP Dan Sekularisme Di Turki 

 

Persepsi Masyarakat Melayu Menerusi Catatan Sejarah Terhadap Turki

Last modified on Monday, 18 July 2016 03:06
Read 3381 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd