ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Abim Tolak Pelawaan China Lawat Xinjiang

Jan 02, 2020 Hit: 688

uyghur uighur abim

PETALING JAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menolak pelawaan kerajaan China terhadap pengkritik dasarnya di Xinjiang supaya melawat ke wilayah itu.

Jemputan itu dibuat susulan beberapa perhimpunan yang diadakan di luar kedutaan China di Kuala Lumpur, yang menyaksikan pegawainya enggan menerima memorandum yang membantah pelanggaran hak asasi manusia yang mensasarkan umat Islam di Xinjiang seperti yang dilaporkan secara meluas.

“Abim mengulangi bahawa China sepatutnya berhenti bermain dengan propaganda politik sejak sebarang usaha untuk menutup penindasan terhadap kumpulan etnik Uighur adalah sia-sia kerana siri kekejaman yang dilakukan oleh mereka terdedah secara konsisten dari masa ke semasa,” kata organisasi itu.

Kerajaan Republik Rakyat China  didakwa memaksa minoriti Islam Uighur di Xinjiang tinggal di kem tahanan, di mana Beijing merujuknya sebagai “kem latihan” untuk memulihkan “militan”.

Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata Beijing mesti menghapuskan undang-undang zalim di Xinjiang, termasuk larangan memakai tudung, menyimpan janggut dan memakan makanan halal terhadap umat Islam.

“Peruntukan undang-undang yang menindas ini memberi ruang kepada pihak berkuasa menyalahgunakan hak-hak asas masyarakat Uighur dengan menafsirkan sebarang amalan agama sebagai sama dengan definisi atau simbol ekstremisme dan radikalisme,” tambahnya.

Faisal menggesa China membenarkan akses kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memantau keadaan di Xinjiang.

Beliau berkata Abim terbuka untuk terlibat secara positif dengan kerajaan China berhubung isu itu.

“Malah, panda dan bunga yang dibawa oleh Abim semasa protes tempoh hari adalah simbol harapan aman kami untuk mencapai komitmen tersebut,” katanya. Sumber: www.yadim.com.my

Read 688 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

#Akhbar #TV

DMC Firewall is a Joomla Security extension!