Siaran Media

Published in Siaran Media

Penjualan, Promosi Bir Tanpa Alkohol Terbuka Perlu Dihentikan: ABIM

Jul 15, 2019 Hit: 792
Penjualan, Promosi Bir Tanpa Alkohol Terbuka Perlu Dihentikan: ABIM

KUALA LUMPUR - Sebarang promosi serta penjualan arak atau bir tanpa alkohol secara terbuka perlu dihentikan, kerana dikhuatiri memberi impak negatif pada masyarakat, khususnya anak muda.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, penjualan minuman seumpama itu juga tidak sesuai dibuat secara terbuka, demi menjamin kemaslahatan seluruh masyarakat.

Katanya mana-mana syarikat pengeluar minuman berkenaan, seharusnya mengambil kira aspek sensitiviti agama dalam promosi produk mereka, walaupun Malaysia merupakan negara yang majmuk.

"Sepatutnya syarikat seperti Heineken perlu lebih sensitif dalam mempromosi produk mereka. Meskipun mereka telah nyatakan bahawa sasaran penjualan minuman itu adalah remaja bukan Islam, ianya masih tidak wajar kerana mengelirukan," katanya.

Mohamad Raimi mengulas demikian serta menyokong penuh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof hari ini, yang menegaskan pengeluaran produk sedemikian bukan sahaja mengelirukan umat Islam, malah ia satu tindakan tidak baik.

Mengulas lanjut beliau berharap agar pihak berwajib memperkasa usaha, agar larangan penjualan produk yang haram serta syubhah atau tidak jelas hukumnya antara halal dan haram, dapat dilaksanakan di kawasan komuniti yang majoriti penduduknya ialah umat Islam.

Mohamad Raimi berkata umat Islam di negara ini turut dinasihatkan agar sentiasa menjauhi sebarang produk, khususnya minuman yang haram serta syubhah.

“Dalam senario masyarakat yang semakin mencabar dengan bermacam produk makanan dan minuman serta kaedah promosi yang menarik perhatian, sebagai umat Islam seharusnya berwaspada agar tidak mudah terpedaya.

"Paling utama jika kita tahu syarikat pengeluar sesuatu minuman itu adalah pengeluar arak, maka jauhilah. Penjualan produk dengan nama arak tanpa alkohol sememangnya amat mengelirukan," tambahnya dengan harapan agar promosi arak tanpa alkohol itu dapat dihentikan segera.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha turut berharap agar lebih ramai di kalangan masyarakat sensitif dengan penjualan arak tanpa alkohol dengan tagline 'Now You Can' itu, kerana boleh mengelirukan.

"Khususnya kepada generasi muda, kerana tagline itu seolah-olah menyebutkan bahawa dahulu tak boleh tapi kerana sekarang tiada alkohol, maka sekarang boleh," katanya. MBM turut menggesa agar arak-arak murah tidak lagi dijual di kedai-kedai serbaneka, kerana dikhuatiri akan mudah dibeli dan diminum oleh sesiapa sahaja.

"Kita tidak mahu anasir negatif mempengaruhi generasi muda. Kita tidak mahu ia menjadi budaya dan ketagihan kepada generasi muda Islam dan bukan Islam. Arak sepatutnya dijual di kedai khas dan bukan dijual secara terbuka," tambahnya.

Heineken Malaysia Berhad dalam kenyataan semalam menjelaskan produk minuman yang dikeluarkan itu adalah tidak halal dan hanya disasarkan kepada yang bukan Islam berusia 21 tahun ke atas.- Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/37761/BERITA/Nasional/Penjualan-promosi-bir-tanpa-alkohol-terbuka-perlu-dihentikan-ABIM © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Read 792 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

#Akhbar #TV

Our website is protected by DMC Firewall!