Siaran Media

Published in Siaran Media

ABIM Menghantar Delegasi ke Sidang “Final Adoption Of Malaysia’s UPR (Universal Periodic Review) Report” Di Geneva

Apr 19, 2014 Hit: 1516

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menghantar dua delegasi selaku perwakilan NGO negara ini ke siding “Final Adoption Of Malaysia’s UPR (Universal Periodic Review) Report” oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang akan diadakan 20 Mac 2014 ini di Geneva. Sidang ini merupakan susulan daripada pembentangan UPR yang telah diadakan pada penghujung 2013 yang lalu.

Delegasi tersebut disertai oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Naib Presiden ABIM dan Ketua Biro Undang-Undang ABIM, Khairul Anwar Ismail. Kedua-dua mereka telah mewakili pihak NGO Malaysia di 2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil Society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila pada September 2012.

Walaupun terdapat tekanan yang kuat dari kumpulan pelobi dan gabungan hak asasi manusia di peringkat ASEAN untuk mengiktiraf hak dan amalan LGBT, tampak jelas bahawa keyakinan majoriti masyarakat beragama di rantau Asia Tenggara ini masih tidak dapat menerima, bahkan dengan tegas menolak usul agar hak dan amalan LGBT dari diiktiraf.

Untuk sidang pada 20 Mac 2014 ini, wakil negara akan mengutarakan respon terhadap pandangan serta tuntutan wakil-wakil negara asing ketika permulaan sidang UPR pada tahun 2013 yang lalu. Sepanjang sidang ini kelak, kedua-dua orang wakil ABIM mendapat hak serta peluang untuk bersuara oleh sekretariat persidangan UNHRC di Geneva.

Penyertaan ABIM ini dibuat berdasarkan kepada pembabitan ABIM dalam beberapa perbincangan serta wacana berkaitan keseluruhan proses semakan UPR ini dengan pelbagai pihak seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), NGO-NGO Pro Hak Asasi Manusia (PROHAM) serta NGO-NGO Islam serta Civil Society Organisation (CSO) dalam dan luar negara yang lain.

AMIDI DATO’ ABDUL MANAN
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 1516 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

#Akhbar #TV

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd