Siaran Media

Published in Siaran Media

ABIM Kecam Penganjuran Pink Dot Penang 2014

Mar 13, 2014 Hit: 1476

ABIM merujuk kepada hebahan poster yang dimuatnaik di internet baru-baru ini yang mempromosi acara "Pink Dot Penang 2014" pada 29 Mac 2014. ABIM membantah penganjuran acara tersebut yang dilihat bertujuan meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) dan berpandangan acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia.

Berdasarkan rujukan terhadap laman Pink Dot Singapore, pada tahun 2013 acara seumpama ini telah diadakan secara besar-besaran dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif.

ABIM memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu usaha yang biadab dan jelas tidak menghormati sentimen majoriti masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang teguh dengan ajaran agama. Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan percintaan songsang yang telah kedengaran di merata pelosok dunia termasuk di negara-negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain.

Namun ABIM juga menilai acara tersebut sebagai reaksi dari sikap dan persepsi buruk masyarakat yang amat keterlaluan hingga mengakibatkan hilang pertimbangan keadilan dalam keadaan tertentu ketika menghukum mereka sebagai seorang warganegara hanya atas dasar mereka cenderung dengan kelompok LGBT.

Walaubagaimanapun, ABIM melihat memadai untuk kelompok ini didekati dan diberikan bimbingan tidak sehingga diberikan pengiktirafan meluas menerusi acara seperti yang dirancang.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga akan mengemukakan surat bantahan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk Pejabat Y.A.B Perdana Menteri serta Pejabat Y.B Ketua Pembangkang selain membuat laporan polis menuntut siasatan dilakukan kerana ia bercanggah dengan semangat yang terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara terang-terangan mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras kepada nilai kenegaraan.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 1476 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000
Kosmopolitan Islam Dan Teras Pembinaan Bangsa
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan Islam Maknai Separuh Abad
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

#Akhbar #TV

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd