Sinar Ramadhan 1438H
Jangan Normalisasikan Jenayah Rogol Dalam Kalangan Masyarakat.

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat laporan ugutan rogol yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah yang dihadapi seorang pelajar wanita daripada rakan sekelasnya.

Beliau dilaporkan menerima gangguan tersebut setelah mendedahkan tindak tanduk seorang guru lelaki yang membuat jenaka mengenai rogol di dalam kelas. ABIM mengecam tindakan ini kerana ia tidak seharusnya berlaku di institusi pendidikan yang merupakan wadah penting untuk membentuk karakter serta jati diri generasi muda.

Ini termasuk menekankan aspek pembinaan akhlak mulia untuk membantu usaha membentuk generasi masa hadapan yang seimbang dari segi pengetahuan, keterampilan, dan keupayaan.

Akhlak mulia berasaskan pada nilai budaya yang berakarkan kepada ajaran agama yang mendidik kita untuk saling hormat-menghormati dan beradab sopan di antara satu sama lain meliputi kedua-dua jantina.

Ini adalah asas utama yang memandu setiap interaksi yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Sebarang bentuk gangguan seksual yang dilakukan dalam apa jua bentuk dan menerusi pelbagai medium adalah tindakan tidak bermoral yang ditegah samasekali dalam ajaran agama serta nilai budaya.

Tingkah laku seperti ini juga secara etika kerjanya juga tidak profesional dan tidak menggambarkan kematangan seseorang individu yang terjebak melakukannya. Justeru perilaku ini tidak seharusnya dijustifikasikan atas apa-apa dalih atau alasan sekalipun.

Atas sebab itu ABIM menggesa tindakan secara tuntas yang dimulai daripada siasatan sehingga hukuman dilaksanakan dengan segera. Pihak berkuasa serta kementerian berkenaan perlu mengeluarkan penyataan sikap dengan segera.

Desakan ini derdasarkan pada pengamatan yang berlaku di media-media sosial, di mana ABIM memandang berat gangguan-gangguan seksual yang berlaku dalam bentuk komentar yang seakan-akan ingin menormalisasikan perkara ini dalam masyarakat.

Dalam masa sama, untuk membasmi budaya buruk ini daripada membarah menjadi resam dalam masyarakat, ABIM menggesa RUU Gangguan Seksual dibentangkan untuk dilaksanakan dengan segera.

Atas kesedaran ini, ABIM menggesa semua pihak termasuk pihak majikan, pimpinan organisasi, pentadbir sekolah dan orang awam berperanan untuk menyedarkan peri pentingnya RUU ini untuk menghalang normalisasi terhadap gangguan seksual daripada berakar dan merosakkan citra murni pembinaan Bangsa Malaysia.

Fatin Nur Majdina Nordin
Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Tawaran untuk sama-sama membina kekuatan umat menerusi Infaq Ramadan ABIM 1442H. Klik imej bawah untuk makluman lanjut.

b91102dd fe0c 4819 b880 4207cf00a580
Read 19 times
Rate this item
(0 votes)

Klinik Al-Fatihah & Program Hafazan Online ABIM Kedah Dapat Sambutan Featured

May 06, 2021
Hit: 11
Written by editor-media
Klinik Al-Fatihah & Program Hafazan Online ABIM Kedah Dapat Sambutan

 

Sewajarnya pembaca Al-Quran menjadikan ayat yang dibaca sebagai kunci untuk melakukan penerokaan kepada khazanah Al-Quran dan meletakkan dirinya sebagai orang yang pertama yang perlu dinilai dan bukan sebaliknya.

Pembacaan yang hidup, membawa jiwa dan hati bersama akan menjadikan Al-Quran sebagai 'hidangan' yang istimewa.

ABIM Kedah dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah mengadakan Program Hafazan ayat lazim yang berlangsung selama 2 hari berturut turut.

hafazan online 2

Alhamdulillah, selesai 2 hari bertugas menghakimi baacaan peserta Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadhan 1442 H yang dianjurkan oleh KBS. Program dijalankan secara atas talian. Seramai 25 orang peserta dari kesemua daerah seluruh Kedah mengambil bahagian.

Program tersebut diadakan secara talian yang melibatkan pelajar sekolah mengikut daerah dalam Negeri Kedah.Juri Hafazan ayat lazim diadili oleh Ustaz Ahmad A’fif Zuhdi (NYDP 1 ABIM Kedah) dan juga Ustaz Muhd Aizat Naqiuddin (Ketua Biro Tarbiah ABIM Kedah).

ABIM Kedah dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah mengadakan Klinik Al-fatihah yang berlangsung selama 4 hari berturut turut.

budayakan al quran secara online

Program tersebut diadakan secara talian yang melibatkan pelajar sekolah mengikut daerah dalam Negeri Kedah. Klinik Al-Fatihah tersebut dibimbing oleh Ustaz Muhammad Hassan (Exco ABIM Kedah).

klinik al fatihah

Salam Ramadhan 1442H 

Bersama kami, Infaq seikhlas hati melalui :

https://www.billplz.com/InfaqRamadhanKedah

https://www.billplz.com/InfaqRamadhanKedah

Read 11 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH. Featured

May 06, 2021
Hit: 12
Written by editor-media
ABIM Rintis Waqaf Tenaga Solar Di KDH.

 

5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu memelihara alam sekitar dari pencemaran tetapi lebih besar dari itu iaitu menjawab persoalan krisis iklim serta membina sebuah masyarakat lestari (sustainable society).

Demi masa depan kualiti hidup masyarakat kini dan generasi mendatang, kita harus bersiap dengan kesedaran dan tindakan membawa agenda kelestarian hidup bersama sebagai tanggungjawab kita menghargai alam.

Ini selaras dengan tindakan kita memahami dan memaknai firman Allah dalam surah Ghafir

“Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Ini termasuk mengemukakan projek-projek alternatif seperti Projek Pilot Waqaf Solar KDH bagi memastikan limitasi sumber alam dihormati sebagai paksi kita mengangkat tema keadilan iklim.

Kolej Dar al-Hikmah telah berjaya meluncurkan Kempen Dana Hijau- Projek Pemasangan Panel Solar.

Majlis telah diserikan dengan ucaptama oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Bina Ilmu, Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan dan penyempurnaan perasmian oleh Presiden ABIM, Muhammad Faisal Aziz. Majlis ini telah disempurnakan dengan penyerahan bunga (gambar atas) sebagai simbolik betapa ia tumbuh hasil bersumberkan daripada sinaran matahari.

Didoakan semoga kempen ini mendapat dukungan semua menerusi sumbangan untuk projek Waqaf Solar Kolej Dar Al-Hikmah ini menerusi butiran berikut :.

Butiran : Pemasangan Panel Solar untuk Kolej Dar al-Hikmah, Kajang

Katakanlah "Saya ingin menyumbang":
 
RM100.00 per lot
RM1,210.00 per panel
 
 
1. Peluang menyumbang dan berwakaf untuk perjuangan kependidikan, kini dibuka!
 
2. Sumbangan kita adalah saham jangka panjang kita, di dunia memanfaatkan, di akhirat pastinya dimanfaatkan!
 
3. Kolej Dar al-Hikmah, sebuah kolej kerakyatan yang berjasa besar dalam mengarusperdanakan gagasan PengIslaman Ilmu dan giat mewacana serta menerbitkan buku-buku ilmiah, di samping memproduksi kader-kader umat di lapangan!
 
Ayuh, berazamlah saya ingin menyumbang, dan Allah redha serta membantu perjuangan kependidikan ini, Amin: www.toyyibpay.com/WAKAF-SOLAR

 

tenaga solar

Read 12 times
Rate this item
(0 votes)
Infaq Ramadan ABIM 1442H Saluran Untuk Bina Semula Kekuatan Umat.

 

Hubungi pautan whatapps berikut untuk butiran :https://wa.me/60126211545 (U.P: Badriah)

Pautan untuk menyumbang :

https://www.billplz.com/infaqramadhanabim

.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.
.
Kehadapan Tuan-Tuan & Puan-Puan Yang Dihormati & Dirahmati Allah, 

 

Berikut merupakan dikongsikan antara pandangan jujur masyarakat awam terhadap Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 

 
 
"Tak penat ke budak-budak muda ABIM ni? Tengok aktiviti, program, bantuan, produk usahawan, program ilmu... macam-macam. Pagi petang siang malam, hari minggu, hari cuti. Saya nampak anak-anak muda ABIM ini komited sungguh, tak henti bekerja"
 
"Pendirian sikap, pandangan dan pendapat yang segar, berani dan tegas. Saya selalu lihat kenyataan ABIM di akhbar atau di televisyen..."
 
"Saya suka dan seronok berkawan dan bekerjasama dengan orang-orang ABIM. Orang muda, progresif, ikhlas, terbuka... sentiasa mahukan yang terbaik untuk masyarakat dan negara... Jika tak bersetuju, ABIM akan beri pandangan jujur, menolak dengan cara baik. Kami dapat rasakan keikhlasannya..."
 
"ABIM adalah pertubuhan belia paling ideal. ABIM berani berdepan dan suarakan pandangan di depan sesiapa sahaja. Mereka independent. Ada bangunan, tanah, aset, perniagaan, koperasi, hospital, TASKI, sekolah SERI, SEMI, badan kemanusiaan, inisitatif alam sekitar. Dan menariknya, mereka memang dipimpin oleh orang muda belia..."

Mencecah usia separuh abad (50 tahun), ABIM terus mengorak langkah memimpin generasi. ABIM mempelawa penyumbang yang budiman untuk turut sama menjayakan kempen infaq dan sedekah pada tahun ini.
Sumbangan bagi Infaq Ramadhan ini akan disalurkan bagi tujuan-tujuan berikut :

1. Pembangunan Pendidikan dan Dakwah Kepada Non-Muslim dan Saudara Baru;

2. Program-program Pembangunan Sosio-ekonomi Keluarga para Asnaf;

3. Program-program Bantuan Kemanusiaan (Malaysia dan Antarabangsa);

4. Program-program Bimbingan Belia dan remaja Islam ;

5. Penerbitan buku ilmiah dan pengedaran risalah dakwah.

Ayuh menyumbang! Inilah saham akhirat anda. Yakinlah janji Allah itu pasti! Redha Allah yang kita cari!

Tekan pautan di bawah untuk menyumbang:

https://www.billplz.com/infaqramadhanabim

[Bank Islam Malaysia Berhad/BIMB: 14-023-01-003252-7]

“Kepada seluruh umat, ayuh berjuang bersama kami dengan menghulurkan sumbangan melalui program INFAQ RAMADHAN @ ABIM.

Yakinlah! Usaha kita ini akan membantu menjadi solusi menghakupaya umat, dan pasti...pastinya akan mendapat keredhaan Allah. Insha Allah!”

Faisal Aziz, Presiden ABIM.

Read 67 times
Rate this item
(0 votes)

Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat Featured

Apr 28, 2021
Hit: 38
Written by editor-media
Jangan Sampai SOP Raya Dua Darjat

 

Sumber : Sinar Harian

SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan dua darjat dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sempena Aidilfitri nanti terutama bagi larangan rentas negeri.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, golongan berstatus tinggi termasuk menteri, ahli politik, usahawan, artis atau personaliti media sosial tidak seharusnya terkecuali dalam pematuhan SOP itu.

 Beliau berkata, pihaknya memahami keresahan rakyat terhadap trend jangkitan wabak Covid-19 yang semakin meningkat dan pada masa sama penguatkuasaan SOP dilihat berbeza mengikut darjat dan pangkat.

“Cukuplah kita berada dalam situasi peningkatan kes wabak ini sekian lama yang menyebabkan masyarakat mengorbankan sambutan raya bersama keluarga di kampung untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

“Apakah bila kerajaan masih gagal tangani isu dua darjat yang diluahkan rakyat ini, maka trend peningkatan akan berterusan dan kita mengorbankan raya hingga ke tahun ketiga pula?

“Kita harus sedar bahawa kesan pandemik ini akan memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat tanpa ada satu kelompok pun terkecuali,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

 

Tawaran untuk sama-sama membina kekuatan umat menerusi Infaq Ramadan ABIM 1442H. Klik imej bawah untuk makluman lanjut.

b91102dd fe0c 4819 b880 4207cf00a580
Read 38 times
Rate this item
(0 votes)

Infaq Ramadan 1442H Untuk Menghakupaya Umat Featured

Apr 26, 2021
Hit: 25
Written by editor-media
Infaq Ramadan 1442H Untuk Menghakupaya Umat
 
Hubungi pautan whatapps berikut untuk butiran :https://wa.me/60126211545
Pautan untuk menyumbang :

https://www.billplz.com/infaqramadhanabim
.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.
.
Kehadapan Tuan-Tuan & Puan-Puan Yang Dihormati & Dirahmati Allah,

 

ABIM mempelawa penyumbang yang budiman untuk turut sama menjayakan kempen infaq dan sedekah pada tahun ini.
.
.Berikut merupakan antara pandangan jujur masyarakat awam terhadap Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Mencecah usia separuh abad (50 tahun), ABIM terus mengorak langkah memimpin generasi.

"Tak penat ke budak-budak muda ABIM ni? Tengok aktiviti, program, bantuan, produk usahawan, program ilmu... macam-macam. Pagi petang siang malam, hari minggu, hari cuti. Saya nampak anak-anak muda ABIM ini komited sungguh, tak henti bekerja"
 
"Pendirian sikap, pandangan dan pendapat yang segar, berani dan tegas. Saya selalu lihat kenyataan ABIM di akhbar atau di televisyen..."
 
"Saya suka dan seronok berkawan dan bekerjasama dengan orang-orang ABIM. Orang muda, progresif, ikhlas, terbuka... sentiasa mahukan yang terbaik untuk masyarakat dan negara... Jika tak bersetuju, ABIM akan beri pandangan jujur, menolak dengan cara baik. Kami dapat rasakan keikhlasannya..."
 
"ABIM adalah pertubuhan belia paling ideal. ABIM berani berdepan dan suarakan pandangan di depan sesiapa sahaja. Mereka independent. Ada bangunan, tanah, aset, perniagaan, koperasi, hospital, TASKI, sekolah SERI, SEMI, badan kemanusiaan, inisitatif alam sekitar. Dan menariknya, mereka memang dipimpin oleh orang muda belia..."
 
====================


Sumbangan bagi Infaq Ramadhan ini akan disalurkan bagi tujuan-tujuan berikut :

 

1. Pembangunan Pendidikan dan Dakwah Kepada Non-Muslim dan Saudara Baru;

2. Program-program Pembangunan Sosioekonomi Keluarga para Asnaf;

3. Program-program Bantuan Kemanusiaan (Malaysia dan Antarabangsa);

4. Program-program Bimbingan Belia dan remaja Islam ;

5. Penerbitan buku ilmiah dan pengedaran risalah dakwah.

Ayuh menyumbang! Inilah saham akhirat anda. Yakinlah janji Allah itu pasti! Redha Allah yang kita cari!

Tekan pautan di bawah untuk menyumbang:

https://www.billplz.com/infaqramadhanabim

[Bank Islam Malaysia Berhad/BIMB: 14-023-01-003252-7]

? https://www.abim.org.my
? https://www.facebook.com/abimalaysia

“Kepada seluruh umat, ayuh berjuang bersama kami dengan menghulurkan sumbangan melalui program INFAQ RAMADHAN @ ABIM.

Yakinlah! Usaha kita ini akan membantu menjadi solusi menghakupaya umat, dan pasti...pastinya akan mendapat keredhaan Allah. Insha Allah!”

Faisal Aziz, Presiden ABIM.

 
Read 25 times
Rate this item
(0 votes)

Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam Sekitar Featured

Apr 26, 2021
Hit: 35
Written by editor-media
Masyarakat Orang Asli Setia Mendampingi Alam Sekitar

 

22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi adalah detik di mana masyarakat dunia diingatkan untuk sama-sama memelihara alam sekitar.

Hari Bumi juga adalah ingatan penting untuk menyedarkan kita akibat yang terpaksa dihadapi dalam bentuk pemanasan global serta perubahan iklim sekiranya alam sekitar tidak dipelihara dengan penuh tanggungjawab. 

Alhamdulillah, ABIM Pusat bersama GRASS Malaysia dan Kedutaan Sweden telah telah menganjurkan Sambutan Hari Bumi bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Batu 16, Gombak.

Tujuan sambutan ini adalah untuk mendengar suara dan harapan komuniti orang Asli untuk bersama kita menjaga kelestarian alam sekitar dan bersama mempertahankan keadilan untuk iklim. Ini kerana kehidupan komuniti ini sangat dekat dengan alam sekitar.

Program ini turut mendapat liputan Al-Jazeera dan Malaysiakini.

“Rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia memahami bahawa Orang-orang Asli amat mementingkan kehidupan yang dapat mendampingi alam sekitar dan Orang Asli mahukan kita sebagai rakyat Malaysia seluruhnya dan juga masyarakat antarabangsa ini memelihara hutan.

Jadi ini tujuan kita buat Program Hari Bumi bersama Orang Asli. Kita nak merai dan menunjukkan apa yang mereka mahukan dan harapan mereka terhadap kita” kata Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz di majlis tersebut.

Sesi berlangsung dengan gimik pertukaran pokok daripada pihak ABIM diwakili Muhammad Faisal dan Kampung Orang Asli diwakili Tok Batin – Tok Ulang Bin Simpan sebagai simbol amanah untuk kedua-dua pihak menjaga kehidupan alam.

Majlis juga diraikan dengan aktiviti mewarna anak-anak Orang Asli bertemakan alam sebagai simbol besar harapan generasi mereka untuk kita menjaga amanah alam.

Pada penghunjung program, ABIM turut mengedarkan bantuan menerusi projek Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) kepada semua 23 keluarga Orang Asli.

Turut hadir Kaunselor Kedutaan Besar Sweden Malaysia, Encik Ola Pihlblad yang turut menyantuni komuniti Orang Asli.

Untuk terus menjayakan kempen ini ABIM mengalu-alukan orang untuk menyumbang menerusi Tabung Infaq Ramadan.

Selain aktiviti hijau yang menyentuh isu kelestarian alam, sumbangan Infaq Ramadan ini juga akan digunakan untuk program pemberdayaan komuniti termasuk penyaluran sumbangan keperluan untuk golongan asnaf, fakir miskin, B40 dan golongan pelarian, serta penganjuran program-program lain berupa kerohanian, pendidikan dan keilmuan.   

Sumbangan untuk Tabung Infaq Ramadan boleh dibuat menerusi Bank Islam No akaun – 14-023-01-003252-7 atau melalui www.billplz.com/infaqramadhanabim   atau boleh whatapps pautan nombor ini untuk pertanyaan lanjut : https://wa.me/60126211545

Read 35 times
Rate this item
(0 votes)

100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB Featured

Apr 26, 2021
Hit: 55
Written by editor-media
100 Komuniti OKU Penglihatan Terima Sumbangan KSSB

 

3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ketika Tuhan pasti mengajar untuk kita mula belajar memberi. Ini merupakan intipati daripada  KSSB untuk menerbitkan rasa cakna dan semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat.

Bahkan dalam keadaan tertentu, dari biasa memberi, kita mungkin diajar pula menerima kebaikan orang kepada kita.

Alhamdulillah, ABIM bersama edotco Group (Global) & Malaysia Branch dengan Kerjasama Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) telah menyerahkan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) kepada 100 buah keluarga OKU Penglihatan di Dewan Pusat Rukun Tetangga, Brickfields, Kuala Lumpur.

oku penglihatan kssb

Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz (gambar atas) di samping beberapa pimpinan ABIM yang turut hadir ke majlis penyampaian sumbangan ini yang dilangsungkan dalam sop kebersihan kendiri yang sangat ketat. Para penerima juga dibantu oleh sukarelawan untuk sama-sama mengangkat barang sumbangan kssb (gambar bawah).

sukarelawan KSSB OKU Penglihatan

Ini merupakan lanjutan daripada sumbangan kewangan yang disampaikan kepada komuniti OKU penglihatan untuk percetakan buku-buku dalam tulisan Braille. Ini kemudian diikuti dengan penyampaian sumbangan KSSB untuk membantu komuniti yang turut terjejas akibat daripada Covid-19. 
 
Terima kasih kepada semua penyumbang, semoga Allah Subhanahu-wa Ta’ala membalas sumbangan kalian dengan kebaikan.
---
“Membantu bukan kerana berada; tapi kerana faham rasanya tiada.”
Salurkan sumbangan seikhlas hati anda di sini:
 
Bank In Ke Akaun Bank Islam: 14-023-01-003-055-2
 
Rujukan: #KSSBABIM2021
 
Maklumat Perhubungan: https://wa.me/60126211545
 
PHOTO 2021 04 07 14 39 51
Read 55 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Criticizes French Muslim Rights Denial Policy, Sends  Letter To Macron

 

Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM) condemns the policies denying the rights of Muslims in France which are increasingly practiced without empathy and respect for human dignity and human rights principles.

ABIM refers to the latest decision by the French Senate to ban French Muslim women under the age of 18 from wearing the hijab. The ban was made on the justification of the anti-separatist law.
ABIM comprehends the rights of any country to enact any laws in the name of protecting its sovereignty. But in the name of human rights, it must be done proportionately and not to the point of leading to discrimination and persecution of a certain group of people.
To aggravate the situation, the principle of law has been used as a weapon to suppress a religion, as it will inevitably allow for more violations of religious rights by the authorities.
ABIM, on 24 February 2021 sent a letter to the French President HE M Emmanuel Macron through the French Ambassador to Malaysia, urging the French government to be rational by respecting and celebrating religious diversity, particularly as a cornerstone of unity in combating climate crisis.
This includes ABIM's initiatives to elevate environmental and climate change issues as a common ground in gathering various religions to come together and work towards finding amicable solutions for the world instead of being preoccupied with sentiments of disunity between one another.
Thus, ABIM urges the French government to stop any policy justifying the oppression of any religion including Islam.
ABIM also urges France to withdraw the Senate House approval banning the wearing of headscarves to Muslim women under the age of 18.
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Muslim Youth Movement Malaysia (ABIM)

Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000 Penerima Sempena Ramadan 1442H Featured

Apr 13, 2021
Hit: 641
Written by editor-media
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000 Penerima Sempena Ramadan 1442H

 

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak 2021 / 1442H, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meneruskan Kempen Seorang Sekampit (KSSB) yang sudah memasuki tahun ke-15 perlaksanaannya. Pada tahun lalu  seramai 15,066 penerima telah mendapat sumbangan sepanjang penganjuran Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang dimulakan lebih awal semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan KSSB ini disalurkan dalam bentuk makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu, serta barangan makanan keperluan asas di seluruh negara bernilai RM 80 untuk setiap pek.

barang sumbangan KSSB

Sukarelawan ABIM menyusun keperluan makanan asas yang akan diberikan bersama dengan beras

Ketika wabak covid-19 melanda negara pada tahun 2020, ABIM turut menyalurkan sumbangan dalam bentuk keperluan kit kebersihan kendiri, pelitup muka dan cecair sanitasi tangan (hand sanitizer).

KSSB merujuk kepada simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya menampung kehidupan asas khususnya dalam kalangan mereka memerlukan.

sumbangan KSSB 2020

Penyampaian Sumbangan KSSB 2020 di Klang Turut Dijayakan Dengan Bantuan Petugas RELA dengan mematuhi penjarakkan fizikal. 

Kempen ini sudah memasuki tahun ke-15 sejak dari awal penganjurannya pada tahun 2006. Program ini adalah salah satu inovasi amal kemasyarakatan yang mana ABIM berperanan menjadi perantara di antara masyarakat yang prihatin dengan golongan du’afa serta kelompok fuqara’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

KSSB juga antara usaha ABIM mengupayakan masyarakat prihatin serta cakna terhadap persekitaran dan khususnya mereka yang memerlukan dengan menyemai semangat kesukarelawanan dalam setiap aktiviti yang digerakkan.

sukarelawan KSSB 2020

Sukarelawan ABIM turun ke lapangan untuk sama-sama menyelami realiti kehidupan di akar umbi

KSSB diteruskan atas dasar keprihatinan kemasyarakatan untuk meringankan bebanan golongan sasaran seperti asnaf, fakir, miskin, saudara baru dan kelompok yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19.

ABIM mensasarkan untuk menyalurkan sumbangan kepada 7,000 penerima meliputi kelompok-kelompok berkenaan di seluruh negara bersempena KSSB pada Ramadan tahun ini.

ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk menjayakan kempen KSSB dalam bentuk wang ringgit menerusi akaun:

 

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA: Bank Islam (1402 3010 0305 52)

Sumbangan secara dalam talian (online) boleh disampaikan menerusi pautan :

https://www.billplz.com/kssb-abim

Para penyumbang juga boleh terus menghubungi terus pihak sekretariat di talian;

017-558 3251 (Farhan) atau hubungi terus Sekretariat ABIM Pusat di talian 03-4108 4500.

PHOTO 2021 04 07 14 39 51

Read 641 times
Rate this item
(0 votes)
Page 1 of 109
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd