Displaying items by tag: Dermaga

22hb Januari 2018 (Isnin): Alhamdulillah, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM telah memberi pengisian dalam Program Iltizam Staf kepada para petugas Sekretariat ABIM Pusat dan agensi-agensi Jamaah di Dewan Belia Islam, Taman Cemerlang, Gombak. Beliau menekankan berkenaan kepentingan menangani, mengurus dan menghadapi tekanan khususnya ketika di tempat kerja.

Kebelakangan ini, kita digegarkan dengan berita-berita malang lantaran tekanan (depression), kemurungan, kegelisahan (anxiety), dan seumpamanya, yang tak jarang meragut nyawa. Sdr. Raimi turut mengesyorkan kepada semua untuk membeli buku Psikoterapi Rabbani: Mendepani Trauma Psikologi Dengan Menghayati Kisah Maryam 'Alaihassalam, karya Dr. Fawziyah Salih al-Khulayfi dan diterjemah oleh Ustaz Mohammad Syafiq Ismail.

Naskah ini memberi kita gambaran bahawa rawatan bukan sekadar rohani & jasmani, tapi psikologi juga, terdapat di dalam alQuran, buat seluruh insan. Ini bukan buku ruqyah. Tetapi membongkar tips bagaimana menangani ujian-ujian psikologi, agar bisa bertahan dan kembali sihat seperti sediakala, melalui penghayatan kisah Maryam, ibu Nabi Isa ‘Alaihimassalam. Untuk tempahan, sila hubungi 013-3117560 atau http://www.wasap.my/+60133117560

 

Pada 10hb hingga 12hb Ogos 2017 telah diadakan Training Of Trainer DERMAGA di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Bandar Baru Uda. Seramai 34 orang peserta telah hadir dari pelbagai peringkat umur. Mereka semua adalah trainer DERMAGA di peringkat negeri Johor yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah, masjid-masjid dan di program jemputan. Tujuan diadakan program ini bagi mendedahkan masyarakat tentang betapa pentingnya isu masalah seksual dikalangam remaja masa kini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan TOT DERMAGA ini. Semoga usaha ini diberkati Allah.

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah agenda pembangunan sosial dan keluarga, komited memberikan pendidikan keluarga dan masyarakat keseluruhannya, agar dapat menjadi benteng kepada kebejatan sosial; yang melanda ummah pada waktu ini. “Diriku Permata Berharga” (DERMAGA) merupakan program pendidikan remaja, khusus menjauhi gejala sosial dan lebih kepada pernghargaan diri sendiri.

Program yang dianjurkan oleh ABIM dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak ini, akan menjelajah ke seluruh Perak; untuk memberi penerangan tentang cara hidup remaja yang sihat dan bersakhsiah. Program ini menekankan isu pergaulan bebas dan mengandung luar nikah pada umur remaja.

Hampir 4,000 pelajar beserta guru guru mendapat manfaat daripada perkongsian dan latihan ini. Apabila berada di lapangan, banyak kisah kisah remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah khususnya air ketum, syabu dan ganja yang merenggut masa hadapan anak muda kita. Diharapkan pihak kerajaan dapat melihat isu dadah dan remaja sekolah ini dengan lebih fokus terutama pengurusan kewangan yang perlu ditambahbaik. Hal ini berkait rapat dengan pembinaan generasi muda dan kepimpinan akan datang.

Page 3 of 4
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd