editor-media

editor-media

 Oleh: Amidi Abd Manan

(Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia)

Kisah Nabi Sulaiman selaku pemimpin kerajaan terakam dalam al-Quran pada Surah al-Naml. Kekuatan Baginda terserlah dalam satu perlakuan di suatu tempat yang bernama Lembah Semut. Ia dimulakan dengan suatu keadaan yang kecoh apabila kedengaran derapan kaki bala tentera Nabi Sulaiman yang mengundang rasa cemas pemimpin sang semut.

 

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".An-Naml: 18

Keprihatinan pemimpin semut yang mementingkan keselamatan komunitinya amat mengkagumkan. Walaupun kecil dan tidak berdaya jika dipijak, nyawa melayang tanpa upaya menyelamatkan diri dan lebih malang lagi perlakuan ini tanpa disedari oleh pelakunya tidak menghilangkan fungsi kepimpinan iaitu memastikan keselamatan orang yang dipimpin. Walaupun sarang semut tidaklah sekukuh mana namun ikhtiar untuk menyelamatkan diri perlu dilakukan tanpa sebarang alasan penangguhan. Sikap inilah yang akhirnya membuatkan Nabi Sulaiman tersenyum seraya berdoa:

 

Putrajaya: “Ini tahun kedua kami menyambut Ramadan tanpa ayah di sisi, sebelum ini ayahlah orang yang paling sibuk menguruskan keperluan kami sepanjang bulan puasa, selain ibu... namun kini semua tinggal kenangan dan semua terpaksa dilakukan sendiri,” luah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya 8(1), Alya Adriana Abdul Rahman, 12.

Isu pelanggaran kebebasan akademik telah lama menjadi barah dalam Negara. Menerusi pengenalan akta-akta oleh kerajaan telah mencengkam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain menafikan autonomi dan kebebasan akademik yang meliputi pensyarah, mahasiswa serta pentadbir dan kakitangan Universiti sendiri. Kebebasan akademik yang berpaksikan kebenaran adalah tonggak kepada keutuhan negara. Kami menyelar perkiraan singkat pihak tertentu dengan menyekat suara para ahli akademik didengari oleh rakyat terbanyak.

Bangi, 28 Jun 2014: ABIM Daerah Bangi telah mula mengagihkan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)Kepada Warga Yang Memerlukan Sekitar Bangi Semalam. Di samping itu, majlis pengagihan KSSB semalam turut menyaksikan pengislaman seorang saudara baru. KSSB tahun ini mensasarkan sumbangan sebanyak RM 500,000 daripada masyarakat untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam (1402 30100 32527) atas nama ABIM. Untuk makluman dan rujukan lanjut, sila hubungi:- Sekretariat ABIM Pusat (03-4108 4500) Sdra. Muhamad Zikri ( 013-311 7560) Sdri. Aida Muslihah (013-275 0537)

Page 334 of 336
DMC Firewall is a Joomla Security extension!