editor-media

editor-media

 

26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengetengahkan tema “Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa Malaysia: Memaknai Separuh Abad Perjuangan Gerakan Islam ABIM” sempena dengan penganjuran Muktamar Sanawi ABIM Ke-49.

 norma baharu muktamar abim sidang online

Tahun 2020 adalah kali pertama ABIM menganjurkan Muktamar secara maya dan fizikal, dengan para tetamu serta perwakilan ABIM Pusat, ABIM Negeri, ABIM Daerah dan ABIM Luar Negara bersiaran di sekretariat masing-masing. Satu kelainan dalam norma baharu serta detik bersejarah kepada organisasi ini. Penganjuran Muktamar ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri kerana ia diadakan menjelang 50 tahun penubuhan ABIM pada tahun hadapan.

 

 norma baharu muktamar abim 1

Dalam Ucapan Dasarnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) menekankan bahawa Kosmopolitan Islam bersifat inklusif yang menekankan aspek hak kualiti kehidupan manusiawi dengan mengetengahkan gagasan Islam sebagai penawar kepada pengukuhan sistem tatakelola dan akauntabiliti, proses pendemokrasian, hak kesaksamaan ekonomi serta persoalan-persoalan kemanusiaan sejagat.

PHOTO 2020 12 28 20 22 34

"Ciri-ciri kosmopolitan Muslim Asia Tenggara ini turut dihuraikan oleh Prof Syed Khairuddin Al-Junied dalam karya Hamka & Islam: Cosmopolitan Reform in the Malay World. Berasaskan istilah “cosmopolitan reform”, beliau menjelaskan kerangka pemikiran ilmuwan agong Alam Melayu Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka dengan pegangan nilai kesejagatan Islam".

Beliau juga menegaskan bahawa konsep ini menepati peranan yang perlu dimaknai ABIM dalam latar masyarakat majmuk. Kosmopolitan Islam menekankan keterbukaan yang akan cuba dimaknakan dengan merancakkan libat urus – engagement bersama semua untuk berkongsi rasa dan aspirasi bagi menjayakan agenda Islah yang digariskan.

Faisal turut menjelaskan bahawa Gagasan Kosmopolitan Islam menzahirkan komitmen hidup bersama dalam budaya damai (ta’ayyush fi al-silm) atas asas keterbukaan dan kesejagatan merealisasikan gagasan bangsa Malaysia.

norma baharu muktamar abim

Ucaptama disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Redzuan Othman (Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan) atas manakala Penyempurnaan Perasmian dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Malaysia yang juga Presiden ABIM ke-2) bawah yang disampaikan secara online.

amanat perasmian muktamar anwar ibrahim

Para perwakilan Muktamar bersetuju bahawa sudah sampai masanya untuk menggerakkan Reformasi Kosmopolitanisme (Cosmopolitanism Reform) bercitrakan Maqasid al-Shariah yang membawa mesej universal, inklusif dan damai.

Persidangan secara ‘hybrid’ yang julung kali diadakan ini diserikan lagi dengan kempen tanda pagar (hashtag) #SeparuhAbadABIM, #TerimaKasihABIM dan #ABIMdiHatiku yang diguna pakai dan disebarluaskan untuk rujukan di saluran-saluran media sosial.

Berpusat di Taman Cemerlang, Gombak dan mempunyai cawangan ABIM Negeri dan Daerah serta pelbagai agensi juga institusi kesihatan, kemanusiaan serta pendidikan di seluruh negara, ABIM kini diketuai oleh Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz bersama 21 orang Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) daripada pelbagai latar belakang.

 

24hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, bersempena Muktamar Sanawi ABIM kali ke-49, telah berlangsung Majlis Munajat dan Doa Selamat Jamaah Keluarga Besar WADAH-ABIM-PKPIM (WAP).

munajat anjung rahmat

Para pemimpin WADAH-ABIM-PKPIM (W-A-P) bermunajat bersama warga W-A-P dari seluruh pelusuk negara diketuai Penolong Setiausaha Agung ABIM, Mohd Shazni Abdullah (Gambar Bawah).

bacaan doa penolong setiausaha agung abim

Dijalankan di lokaliti masing-masing di seluruh Malaysia termasuk di bumi Mesir, ia turut disiarkan secara langsung di media sosial ABIM dan disertai oleh pimpinan serta aktivis WAP Pusat, Negeri dan Daerah.

munajat abim mesir

 

 

26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak bertepi kepada semua pimpinan serta aktivis ABIM Negeri dan Daerah yang menyertai Muktamar Sanawi dari stesen masing-masing, yang julung kalinya dianjurkan secara ‘hybrid’ kali ini.

 norma baharu muktamar abim 1

 

norma baharu muktamar abim 2

 

ABIM telah mengetengahkan tema “Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa Malaysia: Memaknai Separuh Abad Perjuangan Gerakan Islam ABIM” sempena dengan penganjuran Muktamar Sanawi ABIM Ke-49.

norma baharu muktamar abim sidang online


Penganjuran muktamar ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri kerana ia diadakan menjelang 50 tahun penubuhan ABIM.

norma baharu muktamar abim meriah

Bertemu lagi dalam program tradisi kita, Sesi Menghadam Ucapan Dasar Presiden ABIM (MUDA) pula nanti, insya-Allah!

Page 7 of 336
DMC Firewall is a Joomla Security extension!