editor-media

editor-media

 
 
3hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menyerahkan sumbangan fasa pertama dana sebanyak RM10,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) untuk mencetak dan menerbitkan buku sejarah tingkatan lima di dalam bentuk braille yang akan memberi manfaat kepada para pelajar OKU penglihatan.
 
Sumbangan disampaikan Naib Presidennya, Sdr. Zairudin Hashim dan diterima oleh Sdr. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegwai Eksekutif (CEO) YOBM, di Pusat Rukun Tetangga Daerah Brickfields, Kuala Lumpur.
 
Pihak ABIM dan YOBM mensasarkan kutipan RM100,000 menerusi Kempen Tabung Dana Prihatin bagi projek mencetak dan menerbitkan buku teks sekolah dalam bentuk Braille.
 
Dengan tanda pagar #BukuUntukSemua, sumbangan seikhlas hati Tuan/Puan budiman boleh terus dimasukkan ke dalam:
 
Akaun BANK ISLAM ABIM: ????-????-????-??
tabung braille
 
 
Bersama cakna dengan isu OKU!
 
 

Kuala Lumpur: Semua platform permohonan bantuan dan insentif Covid-19 diumumkan kerajaan perlu disediakan dalam bentuk lebih mesra orang kurang upaya (OKU) terutama golongan masalah penglihatan supaya mereka tidak tercicir menerima manfaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia (MFB), Silatul Rahim Dahman berkata, kebimbangan itu wujud apabila banyak maklumat dikeluarkan setiap hari oleh kerajaan tidak sampai kepada golongan OKU cacat penglihatan berikutan kekangan mereka membaca maklumat dalam Internet kecuali mendengar radio atau menonton televisyen.
"Tambah kritikal apabila ada insentif daripada kerajaan itu perlu dimohon secara dalam talian. Rata-rata OKU penglihatan menghadapi masalah ini.
"Saya bercakap bagi pihak OKU penglihatan dan mungkin juga OKU lain yang mengalami masalah mengakses maklumat," katanya sempena sambutan Hari OKU Sedunia di Pusat Rukun Tetangga Brickfields sempena Hari OKU di sini, tadi.
Beliau berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan perkhidmatan tambahan untuk memudahkan golongan OKU terjejas memohon sebarang bentuk bantuan ketika pandemik ini.
"Perkhidmatan untuk OKU memohon segala insentif seperti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bantuan Sara Hidup (BSH), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan sebagainya ini amat penting kerana ramai OKU tercicir disebabkan tiada mekanisme untuk mereka memohon.
"Jadi perlu ada sistem perkhidmatan tambahan lebih mesra OKU misalnya melalui telefon yang membolehkan orang buta dapat membuat panggilan kepada pihak lain bagi membantu mengisikan borang secara dalam talian," katanya.
Katanya, kerajaan juga perlu mempertimbangkan kaedah khidmat pemeriksaan dan rawatan ke rumah bagi OKU bergejala Covid-19.
"Saya rasa, bilangan OKU 549,554 di Malaysia ini masih boleh ditangani lebih praktikal jika dibandingkan dengan jumlah 33 juta rakyat kita," katanya.
Dalam sidang media sama, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Zairudin Hashim berkata, pihaknya mensasarkan kutipan RM100,000 menerusi Kempen Tabung Dana Prihatin bagi projek mencetak dan menerbitkan buku teks sekolah dalam bentuk Braille.
"Projek ini digerakkan ABIM dengan kerjasama MFB bagi mengedarkan buku Sejarah kepada 1,000 pelajar yang mengalami masalah penglihatan di seluruh negara.
"Buat masa ini kita berjaya mengumpul RM10,000 dan kempen ini akan diteruskan hingga pertengahan tahun hadapan," katanya. Sumber & Video: Harian Metro

 

14 Oktober 2020, Alor Setar:- Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda serta Kerajaan Negeri Kedah di atas pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Negeri Kedah 2020 (APBN) kepada Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Kuala Muda (ABIM).

 

 abim kuala muda 3
Tahniah juga kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Sik telah terpilih sebagai Naib Johan bagi kategori pertubuhan dan bagi kategori individu wanita, Puan Nor Aziah Junus sebagai Naib Johan (Gambar atas).

Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor kepada Ustaz Dr. Amir bin Mohd Nason (Gambar bawah).

abim kuala muda anugerah belia 4


Pengurniaan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk kami terus bekerja membangunkan institusi ABIM Daerah Kuala Muda ini. Pemberian anugerah ini juga sebagai pemula bagi kami kerana bukan mudah untuk istiqamah mengekalkan gelaran johan.

abim kuala muda 1 anugerah belia

Harapan kami di ABIM Daerah Kuala Muda semoga kalian mendoakan dan sentiasa membantu serta menyokong kami untuk terus komited dalam usaha ini.

 

13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri (PPE), pelitup muka, serta sarung tangan sumbangan daripada MBSB Bank telah disampaikan melalui ABIM dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Sumbangan termasuk 50 set makanan asasi daripada Kempen Seorang Sekampit Beras (#KSSB) kepada para petugas penjara yang menjalani PKPD dalam kuarters.

PPE Penjara Pulau Pinang 2

Wakil Penjara, Tuan Roslan Hj Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang); Tuan Suhairi (Timbalan Pengarah) dan Tuan Jusoh Ismail (Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang).

ABIM Pusat diwakili oleh Ketua Biro Kemanusiaan, Puan Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim, manakala GPM diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALP), Puan Maria Kamel.

PPE Penjara Pulau Pinang 3

---

Page 8 of 336
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd